Novel: Retorik Cintaku (2)

Posted: November 3, 2010 in Umum

Perkara yang paling membosankan  adalah menunggu. Yelah, sudahlah perlu berbaris, menunggu untuk menghabiskan 100 orang lepas tu tiada teman untuk berbicara pula. Takkan dengan muka tak tahu malu, selamba je terus pergi berbual dengan auntie yang duduk sebelah aku pasal perlawanan bola sepak EPL malam semalam. Gila apa nak buat macam tu. Mata pun dah makin kelam. Klik Read more

Siaran tv yang disediakan di kawasan ini tidak banyak membantu aku untuk tidak mengantuk pada sesi menunggu kali ini. Jadi sudah menjadi kewajipan aku untuk tidak membazirkan waktu yang ada aku isi dengan aktiviti melelapkan mata.

Tidurku terjaga apabila bahu aku dicuit oleh seseorang. Siapa pula yang berani menganggu beta sedang beradu ni. So dengan muka tak bersalah aku bangun terus cakap dengan lelaki India disebelah aku. “Erm, maaf. Saya mengingau ke tadi?”, kata aku dalam riak mamai baru bangun tidur.

Abang Macha:Banyak sorilah menganggu. Saya mahu kasi ini nombor sama kamu. Saya sudah mahu baliklah. Tara tahan mau tunggu lagi.

“Nombor giliran?”,  getus aku dalam hati. Orang memberi kita merasa. Kata orang musuh jangan dicari  rezeki jangan ditolak. Jadi sebab orang dah cakap macam tu terus je aku ambil nombor tu. Wow! Lagi 25 orang tiba giliran aku. Tapi sayang pulakan dekat lelaki India tu. Pasti beliau sudah tunggu lagi lama dari aku. Baik tunggu je terus. Bukan lama lagi pun.

Sambil menoleh aku nak mengucapkan ribuan terima kasih disamping ingin bertanya kenapa tidak menunggu lagi. Tapi bagai mimpi pula. Eh, bukan mimpi ni dah macam cerita seram pun ada. Lelaki tadi sudah hilang tanpa dikesan. Ilmu mandrem apa yang diadaptasi oleh beliau ni? Tak sempat lagi aku ingin mengucapkan terima kasih dah ghaib. Huh, seraaaaaaaam ouh~

Terasa macam kelakar pula hari ini. Sudahlah jumpa akak yang hyperactive dekat kaunter lepas tu jumpa pula dengan manusia hilang-hilang. Tapi walau bagaimana pun gadis kaunter tu tetap yang terbaik untuk kategori kejadian pelik hari ini. Erm, maybe tuah hari ini ada kena mengena dengan gadis tu. Mungkin….

******************************************

Setelah selesai memperolehi kad pengenalan sementara, sudah tiba waktunya untuk pulang ke rumah. Esok nak kerja pagi. Lagi pun akak kaunter yang buat kad pengenalan aku ni cakap suruh datang lagi 2 minggu untuk mengambil kad pengenalan sebenar. Huu, lama juga nak pegang IC besar gedabak ni.

Sebelum aku melangkah ke parking kereta untuk pulang, seperti ada sesuatu yang terlintas difikiranku. Macam ada suatu perkara yang masih belum selesaikan. Oh ya! Gadis tu. Tapi takkan aku nak pergi ke kaunter tu dengan muka tak malu terus je bagi nombor telifon aku pada dia. Gila desperate aku ni.

Teknik stalkers apa yang boleh aku guna untuk menyetelkan permasalahan ini. Aku bukannya ada belajar kemahiran hidup untuk benda-benda mengarut macam ni. Kemahiran hidup nak buat rak kasut tahulah. Tapi kalau aku tak buat sesuatu rasa macam tak tenteram je hati aku. Yessszzaaa! Aku dapat satu idea. Idea baik punya. Korang tak payah nak pikir bukan-bukan. Ini idea halal punya tau.

 

 

Bersambunglah pulak……

******************************************

Retorik Cintaku Bahagian 1

Retorik Cintaku Bahagian 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s