Semester Yang Kurang Havoc Untuk Aku

Posted: October 31, 2010 in Umum

Semester ni tak berapa nak menjadi keseronokannya pada aku. Awal-awal dulu dah pasang niat sambil buat sujud sahwi lagi untuk upgrade pointer aku menjadi lebih mantap. Tapi aku rasa planning aku kurang nak berkesan sebab semester ni kurang nak havoc. Subjek semua menarik cuma ada pulak makhluk yang mengajar macam langsuir terus buat aku blur. Rasa macam nak sedut-sedut je segala lemak dekat perut langsuir tu. Boleh juga aku sedekahkan lemak tu dekat Erryn sebab badan dia kurang nak menjadi tumbesarannya. Walau bagaimanapun perkara baik yang aku telah pelajari semasa sem ini adalah mempelajari bahasa international selain daripada bahasa English. “Bukan saya udah bilangin, makanya di ikutin..” yeeeeeah that’s right. Ikutin kepala ho’ engkau. Klik Read more..

Kata orang, tiada exam tiadalah cuti. So, kalau nak cuti kenalah ada exam. Ngek~ Tadi masuk lambat ke dewan peperiksaan sebab aku tertidur. Yelah, penat menghafal segala ilmu yang ada walaupun aku tahu memang apa yang aku baca tu tiada hala tuju pun. Aku terjaga setelah dapat SMS dari si Ryuki. Dia ingatkan aku untuk ambil Financial Planning status dekat CCD. So, dalam keadaan dilema  sebab dah lambat aku pun terus basahkan jari dan tekan suis lampu terus kena renjatan elektrik berubah menjadi The Flash (statement tipu) terus je laju menujah ke sana dan then berlari-lari anak gajah pergi ke dewan.

Aku masuk dewan dalam keadaan mengah, aku duduk dekat meja sambil badan berpeluh suam-suam kuku, aku buka kertas soalan dengan tangan menggigil, terus dalam hati mencarut dalam bahasa Jawa Sanskrit. Apa je yang dia carutkan ni mampos aku nak menjawab. Then keadaan menjadi riuh sekejap. Bukan sebab aku bertukar menjadi The Hulk tapi sebab ada candidate  (perempuan) tu datang lagi advance lambat dari aku. Dia tak dapat masuk dewan sebab tak dibenarkan oleh penjaga dewan peperiksaan. Kesian budak tu. Tapi aku kesian kejap je kerana lepas tu aku terus kembali mengasihani diri aku sendiri sebab tak dapat nak menjawab carutan yang dikeutarakan kepada aku.

Bukan tu je sebab aku tak berapa nak gembira sem ini. Sem ni ramai BFF aku yang dah tamat pengajian mereka di kolej ini. Lepas ni mereka dah tak jadi orang gila lagi dah. Semua dah bebas. Ini termasuk my BFF si Pembunuh Biru tu. Hahaha, lepas ni dia dah boleh kumpul duit untuk berumah tangga. Aku pula? Ehem, ehem.. Lama lagi kot. Heh~

Dengan ini saya mengumumkan sem ini memang sumpah serabai tak best nak arwah. Saya berharap sem berikutnya tidak berlaku seperti sem ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada lecturer langsuir yang mengajar saya macam anak harun kerana pembelajaran yang dia terapkan kepada saya memang tak best nak mampos. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua BFF saya yang sudah tamat pengajian mereka disini. Serius saya sangat happy kerana mereka telah tamat. Serius ni weyh. Errrr, korang tak nak ke culik aku keluar dari kolej ni.. Weyh, culik arr weyh.. Sumpah aku tak report polis punya. Hahahaha.. All the best to all my BFF.

Comments
  1. tiada nama.. says:

    gud luck utk sem ni k..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s