Novel: Retorik Cintaku (1)

Posted: October 31, 2010 in Umum

Hari ini aku nak buat IC. Entah macam mana semasa di bank tempoh hari, IC aku tak dapat memberi informasi yang dikehendaki oleh mesin cop jari yang disediakan. Agak sukar untuk membuat urusan penting. Jadi sebelum keadaan menjadi lebih susah aku perlu menukar kad pengenalan ini dengan yang baru. Ini sebab tiada premis yang menyediakan perkhidmatan membaiki kad pengenalan. Eh? Apa je tak habis-habis cerita pasal kad pengenalan ni. Move forward dengan mengklik Read more..

Hari ni aku cuti sebab nak pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara. Niat dah betul tapi bangun pula agak lambat. Biasalah hidup orang bujang. Mana reti nak tepati masa sangatkan. Selepas jam lonceng dah naik meletup mengejutkan aku barulah aku tersedar. Lepas mandi nak cari tempat sarapan dulu. “Ah, sarapan je dekat kantin JPN”, bisikku dalam hati.

******************************************

Perut dah kenyang waktu untuk menyelesaikan tugas. Aku bergerak ke Kaunter Pertanyaan. Di sana ada dua makhluk bertudung menanti dengan senyuman. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Jadi dah ada kaunter pertanyaan jangan malu-malu nak bertanya sebab bangunan JPN ni besar. Nanti kalau salah jalan, sesat malu oi!

Kak Y: Ye dik ada apa-apa masalah?

Aku: IC saya rosaklah kak..

Kak Y: Oh, ye ke..Mari sini biar saya cuba tengok.

Cantik juga gadis yang duduk sebelah kakak ni. Manis senyumannya. Wow, tergoda aku. Pakai baju kurung warna coklat keemasan. Tertarik menarik kau memang da’boom ahh. Ini kalau dijadikan aweks pun bagus ni memandangkan aku pun single mingle. Ah, perasan betul aku ni. Mana mungkin gadis yang secantik ini boleh terpikat sama aku. Orang kata, orang kata tau bukan aku yang kata. Kalau gadis cantik konferm dah ada pakwe. Ngek~

Kak Y: Dia single lagi..

Aiffa: Apa akak ni cakap. Buat malu je.

Kak Y: Dah mamat ni asyik perhatikan kamu sampai akak cakap pun dia buat tak tahu je..

Aduh malu gila aku. Macam mana aku boleh stalkers gadis ni sampai mamai tak perasan yang akak ni sedang berbual dengan aku. Rasa macam nak sagat je muka aku dekat jalan tar depan JPN tu sebab malu sangat. Adoiyai, serius malu weyh!

Aku: Errr, macam mana IC saya kak?

Kak Y: Nak kena buat baru ni dik. Ambil borang ni isi lepas tu pergi dekat tempat buat kad pengenalan. Kedudukan tingkat dua ye. Ada pen tak?

Aku: Tak bawa kak.

Kak Y: Ambil pen ni.

Aku: Terima kasih.

Kak Y: Seringgit je sebatang.

What the what!! Kena bayar ke? Macam ada unsur-unsur kena prank je aku ni. Ni boleh mendatangkan dua kali kemaluan ni. Lokek gila akak ni. Nak mencarut malas pula.

Kak Y: Dulu kami sediakan pen tapi selalu orang kebas. Jadi kali ni siapa nak isi borang tak bawa pen beli sendiri then simpan. Kami tak ambil duit tu tau. Ni memang sistem yang dah dibuat dekat sini.

Aiffa: Ada duit tak? Hehe. Jangan marah ye awak gurau je.

Aku: Nah. Hmmm. (Sambil menghulurkan not satu ringgit)

Kak Y: Jangan lupa isi nombor telifon dekat belakang tu sekali tau.

Aku terus membelek borang tu. Dekat borang tu cuma perlu isi nama dan alamat nombor kad pengenalan je. Mana ada tempat letak nombor telifon. Mungkin borang ni borang lama kot. Jadi sistem baru perlukan nombor telifon. “Errr ngok betul dah tahu depan kaunter pertanyaan pergilah tanya”, getus aku dalam hati.

Aku: Dekat sini tiada pun suruh isi….

Kak Y: Oh, tu nombor buat gadis sebelah akak ni memandangkan kamu dari tadi asyik dok perhatikan dia sampai akak cakap  pun kamu buat tak tahu je.

Aiffa: Sudahlah akak ni. Malu Aiffa tau. Kesian kat mamat ni dah naik merah padam akak kenakan dia pagi ni.

Kak Y: Alaa, gurau-gurau je apa salahnya. Tapi kalau betul pun lagi baguskan. Hahaha. Dik, isi tau jangan tak isi.

******************************************

Terus je aku lari naik tingkat atas lepas ambil nombor giliran. Lain macam pula aku tengok akak tu kenakan aku. Sebelum aku malu lari balik ke rumah lebih baik aku lari naik ke atas. Nombor giliran pula sangat tidak memuaskan. Aku kena tunggu lebih 100 orang sebelum tiba giliran aku.

Yeeeaah you know what I was thinking. Mencarut di dalam hati. Sudahlah malu di bawah tak habis lagi, panas pula hati ni di atas. Tapi dalam panas-panas hati aku ni masih lagi aku memikirkan tentang gadis tu. Gadis tau bukan kakak tu. Kakak tu nak buat apa sebab aku suspect dia tu bini orang. Nak kena rejam sampai mati ke? Aiffa, erm sedap namanya. Dalam rockers-rockers aku ni pun ada taman juga dalam hati. Waarghh, aku nak balik rumah. Duduk sini seribu satu perasaan datang. Aku masih tak paham perasaan apa ni tapi yang aku pasti bila aku ingat balik rupa, senyuman, gelak tawa dan gaya perbualan gadis tu aku rasa tenang.

 

Bersambunglah pulak……

******************************************

Retorik Cintaku Bahagian 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s