Masak-memasak Bersama Chef Efy

Posted: October 26, 2010 in Umum

Hoollaaaaaaaa haaai!! Selamat datang U ouls semua keruangan “Masak-memasak Bersama Chef Efy”. Sebelum tu I nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhinggalah kepada tuan empunya blog ni, kerana sudi menjemput mak untuk menginterprem seterusnya menyemakkan blog ini dengan resepi yang vogue the vass terbaik dari ladang. U ouls jangan risau, masakan mak ni memang malatoooop dan yang penting ye, ye yang paling penting tu Halal walaupun pada hakikatnya mak ni tak berapa nak halal belah luaran. Awwww tergedik pulak mak.

Kalau para gadis-gadis gersang dekat luar sana tu yang masih menunggu jodoh turun dari langit, apa salahnya mencuba resipi ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya U ouls tu ada juga aktiviti nak buat dari melepak mengumpat sambil memuji kecantikan body Fahrin Ahmad. Owh, buat para jejaka U ouls tak perlu risau. Mencuba resipi mak memasak di dapur tidak akan mengubah organ reprokduksi korang menjadi multyply sex organ. So, tak salah kalau lelaki memasak di dapur. Jom cekidot resepi terulung dari mak khas buat semua para pembaca blog Cerita Aku Dan Sesuatu. Gambar masakan ini bukan diambil dari mana-mana sumber  ye. Gambar masakan ini original dari masakan mak sendiri tau. Tak kuasa hakku nak pliagiat gambar masakan orang lain. Klik Read More….

Chicken Soy Sauce Sweet Sour

Bahan-bahan:

–  1/2 ekor ayam di potong kecil-kecil

– Kicap Soya Manis

– Air asam jawa

– 1 biji bawang merah (Dihiris halus)

– 5 ulas bawang putih (dihiris halus)

– 6 biji cili merah (dihiris halus)

– Sedikit halia (dihiris halus)

– 6 helai daun Limau Purut

– 1 Kayu manis, 3 Bunga Lawang,  Bunga Cengkih (Rempah)

– Lada hitam (ditumbuk halus)

– Garam dan Ajinamoto

Cara Masakan:

Ayam digoreng separuh masak (minyak gorengan ayam disimpan sedikit). Panaskan sedikit minyak dalam kuali sehingga panas. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu masukkan bawang merah dan tumis sehingga naik bau. Masukkan 3 sudu minyak gorengan ayam.  Tumis semua rempah sehingga naik bau. Masukkan ayam dan gaulkan sehingga sekata. Tuangkan sedikit air asam jawa. Masukkan kicap soya manis gaul dan tunggu sehingga mendidih dan pecah minyak. Masukkan halia, daun limau purut, asam keping dan hirisan cili merah. Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sekata. Masukkan sedikit garam dan ajinamoto secukup rasa. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi. Biarkan sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.

Tips: Sementara menunggu kuah menjadi pekat tuangkan sedikit kicap soya manis di atas semua ayam supaya kicap tersebut dapat diserap sepenuhnya di dalam daging ayam tersebut.

******************************************************

Potato Egg Black Pepper

Bahan-bahan:

– 3 biji kentang (dibuang kulit dan di potong halus)

– 2 biji telur ayam

– 1 biji bawang merah (dihiris halus)

– 3 ulas bawang putih (dihiris halus)

– 5 ekor ikan bilis (dibelah dua)

– 4 biji cili merah (dihiris halus)

– Lada hitam (ditumbuk halus)

– 2 sudu besar sos tiram

–  Garam dan Ajinamoto

– Sos Cili atau Tomato (sebagai tambahan sahaja)

P/s: Pecahkan telur didalam mangkuk dan masukkan sos tiram tersebut bersama telur. Masukkan sedikit garam dan ajinamoto. Gaul sama rata.

Cara Masakan:

Kentang digoreng hingga separuh empuk kemudian ditoskan. Tumis bawang putih, bawang merah, cili merah dan ikan bilis sehingga naik bau. Masukkan kembali kentang separuh gorengan tadi dan gaul dengan semua bahan tumisan tersebut sehingga sekata. Masukkan telur yang telah digaul bersama sos tiram, garam dan ajinamoto (pastikan tuangan telur itu sekata dan kena kesemua kentang tadi). Tunggu sehingga telur kering sedikit kemudian kacaukan kentang tadi supaya kesemua kentang itu dapat melekat pada telur tersebut. Akhir sekali masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi dan sedikit ajinamoto (kalau perlu) dan gaulkan kembali sehingga sekata kesemua bahan tersebut. Hidangkan  bersama sos cili atau tomato di atasnya.

******************************************************

Haaaa itu je serba sedikit resepi masakan dari mak untuk U ouls semua. Hope U ouls semua eppy dengan resepi tersebut. Cuba-cubalah try resepi tu. Alaaa, bukannya susah mana pun. Campak-campak bahan je dalam kuali. Hahahaha, pandai mak buat lawak. Oklah U olus, mak nak mengundurkan diri dulu yer. Rindu-rindu mak selalu okeyh becoz mak always rindu U ouls semua. Jika rindu katakan awwwwww. Muaaah lap U ouls, dada didi dudu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s