Bila Rindu

Posted: October 16, 2010 in Umum

Malam ni (actually masa aku tengah menaip ni dah pagi) aku terasa down sedikit. Yup seriously, sedikit je tak boleh down banyak sangat nanti masuk lubang kubur. See, aku dan mula mengarut. Oh, damn!! Biasalah orang tengah angau ni hormon reproduksinya memang selalu tidak stabil. Nak buat macam mana. Selaku jejaka merangkap bakal anak menantu sejati idaman keluarga Teras Jernang aku memang terasa down apabila mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang tak seberapa nak ringkas dari Cik Tiramissu mengatakan rindu sangat-sangat dekat aku dan nak sangat-sangat plus sangat-sangat-sangat untuk berjumpa dengan aku. Aku bukan tak mahu jumpa cuma macam terasa sedih di atas keadaan diri aku sekarang ini.. Hmm, entahlah dude’ rasa macam tak boleh nak buat apa-apa waktu sekarang ni. Jom touching bersama aku dengan mengklik Read more…….. Huwaaaaaaa!! Sedih sikit. Sob sob~

Memandangkan aku belum menerima duit sara diri lagi walaupun sudah berjanggut atas dan bawah badan akibat penantian yang begitu lama, tapi sometimes aku still dapat menunaikan impian buah hati kesayangan beta untuk bermadu kasih menikmati sekotak popcorn sambil melihat movie buatan orang kafir dipanggung wayang Midvalley.

Tapi sekarang duit poket aku yang selama ini ditaja oleh syarikat MAK BAPAK AKU SDN BHD telah dicatu untuk pengawalan jangka masa panjang. Ini semua atas saranan kerajaan yang telah sedikit sebanyak  menaikkan harga barangan untuk Bajet 2011 akan datang. Atas sebab itu aku perlu mempelajari teknik memasak maggi dengan betul termasuklah dapat mengubah perisa maggi ayam kepada perisa sardin (sebab aku suka makan sardin) walaupun ternyata memang tak boleh. Huh!

Yelah, selaku seorang pakwe yang mahu melakukan yang terbaik buat kekasih hatinya, sedikit rasa terkilan menyelubungi diri ini. Aku seperti dapat merasakan Cik Tiramissu seolah-olah mengharap sangat untuk berjumpa dengan aku. Tapi.. Tak guna betullah aku ni, awek nak jumpa pun still buat macam tak tahu je. Siapa cakap aku buat tak tahu. Muka nampak senyum tapi taman dalam hati ni dah mula hujan tiap-tiap hari. Habis bunga-bunga cinta aku basah kuyup.

Kadang-kadang rasa macam jeles je kan tengok pasangan lain dapat jumpa tiap-tiap hari, dapat kuar berjalan tiap-tiap hari. Hehehe, mesti bestkan. Cik Tiramissu pernah cakap dekat aku masa dia tengah buat-buat sibuk serve makanan time kerja part time ,dia ada terlihat sorang mamat sesat ni mukanya sebijik macam aku. Sindrom angau yang keterlaluan dari cik awexz. Tekanan ouh. Serius, sebagai seorang lelaki  yang mempunyai naluri tanggungjawab yang besar, kami akan merasa down sangat-sangat apabila tak dapat menunaikan impian kekasihnya. Okeyh, yang part ini nanti aku akan buat entri bertajuk perkara yang boleh menyebabkan seorang lelaki merasa down.

********************************************

So aku pun pergilah mengoogle “Bila Rindu Apa Nak Buat” terus keluar lirik:

Bila rindu, Terkenang mu sayang terasa sayu, Syahdunya jiwaku bila malam, Makin kelam, Jauh terbang diriku melayang.. Aku rindu, Sentuhan mu ku rasa sayu, Inginkan jiwamu selubungi, Jiwa ini, Bawa ku dlm pelangi melepasi segala hati ini..

Lirik tu kalau tak silap aku lagu dari kumpulan Ruffedge bertajuk Bila Rindu. Bertambah rindulah aku. Ingat bolehlah bagi tips ke apakan. Sekali dia kasi aku tambah touching lagi. Nak je aku gigit cable network aku tu. Adoiyai.

********************************************

Sayang, abang tak pandai bercakap tulis tu adalah bakat sikit-sikit walaupun banyak merapu dari menaip benda yang serius. Memandangkan wordpress ni abang tak boleh nak upload video so abang taip je laa lagu antara favourite abang. Maybe lirik ini dapat membuatkan sayang tahu apa yang bermain diminda abang saat ini.

********************************************

Rindu itu sebenarnya adalah sebuah ingatan dan suatu nikmat bagi insan yang mempunyai jiwa  kasih dan sayang pada sesuatu. Abang rindu kamu juga sayang. Muuuuuuaaaaah~

 

Comments
  1. Ryuki SM says:

    cian bro.. sabo ea… sem depan klu ptptn x masuk… kite panggang semua org2 yg manage pasal ptptn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s