Iklan Annoying

Posted: October 12, 2010 in Umum

Huish agak lama juga aku telah meninggalkan aktiviti mengarut dan mencarut di  dalam blog separa lucah aku ni. Okeyh stop mengarut sebentar. Hari ni aku hendak menceritakan tentang kuasa sesuatu pengiklanan didalam mempengaruhi minda kita sebagai seorang pengguna. Iklan adalah suatu cara atau teknik didalam memperomosikan sesuatu produk didalam pasaran. Tidak kira apa  jua jenis produk pasti ada iklan cuma di Malaysia iklan dikawal demi memastikan manusia tidak terikut-ikut dengan aksi mazmumah yang cuba ditampilkan walaupun produknya still juga dijual di dalam negara. Contohnya dulu kita ada iklan rokok sekarang mana ada lagikan. Sekarang dorang lebih gemar mengiklankan tuala wanita versi Yuna je. Hahaha. Baik jom kita menghuru harakan iklan yang selalu muncul di dalam television yang selalu membuatkan aku rasa macam nak sepak je kaca peti televisyen tu bagi pecah sebab terlalu anoying sangat-sangat. Klik Read more untuk meneruskan pembacaan yang tidak bertauliah ini.

1)  Keropok Mony

Serius iklan ni memang berada pada tahap super annoying.  Aku dulu hampir-hampir hendak memasukkan kepala aku di dalam peti televisyen tu sebab nak lempang sekor-sekor makhluk  dalam iklan tu. Gila apa nak makan, makan je laa tak payah le nak nyanyi lagu tu kan. Sebab lagu tu  laa buat aku tak selera hendak membeli keropok itu. Lepas aku dengar je lagu tu pasti lagu tu akan melekat di dalam kepala  hotak aku ni dan di ulang-ulang sampailah terbawa-bawa ke dalam mimpi basah  aku diwaktu malam.  Ada pulak  sorang member aku ni nama dia Harith pergi tag aku video clip ni dalam Facebook. Terus je aku remove tag tu sebab rasa nak muntah hijau setelah mendengar intro lagu tu.

2) Ribena

Aku tak kisah kalau Encik Anggur tu nak kahwin dengan Cik Lemon ke, Cik Durian ke kan. Yang aku tak sedap selera dan telinga apabila dia letak lagu hindustan sebagai lagu tema. Air tu selalu yang minum cuma kanak-kanak je. Tu sebab kita cakap “Alaa, si polan tu kan masih kecik lagi.. Masih kanak-kanak Ribena.”  So what’s the point of using such of that music. Tak boleh ke kau letak lagu Twinkle Twinkle Little Star ke, Baa Baa Black Sheep ke ataupun paling bangang pun letak je lagu ABC..

3) Sabun Boom (Cuci Baju)


Orang tua tu beli sabun cuci baju cakap-cakap tetiba ada budak letupkan belon terus je melatah. Gila apa nak pakai sabun tu boleh meletup bilik air aku. Satu lagi yang boleh dikaitkan adalah iklan sabun cuci baju yang ada gambar petir tu (lupa pulak aku jenama dia). Si suami pulang ke rumah bawa balik sabun bagi  dekat isteri dia. Isteri dia pegang terus je kena renjatan elektrik. What the what!! Ko nak bunuh aku ke apa guna sabun macam tu.

4) Syampu Clear

Ada pertandingan skodeng kelemumur meggunakan skrin LCD terbesar di dunia. Sorang minah ni keluarlah tapi kantoi sebab rambut dia ada kelemumur besar gajah siap nampak kutu babi buat pertempatan setinggan lagi celah rambut dia. Then, minah kedua pun keluar untuk discan rambutnya. Rambut dia bersih dan berkilat sangat walaupun muka dia tak lawa. Selepas tu dia mendapat tepukan gemuruh  daripada penonton. So, apa masalah yang buat aku rimas dengan iklan ini? Jawapan dia adalah bila dia cakap “Ye saya tahu sebab saya guna CLEAR”.. Perghh punya berlagak nauzubillah ko ni.

5) Silky Girl

Si mamat jambu ni pergilah melawat rumah si awek. Dia siap bawak bunga lagi ouh. Pada mulanya memanglah aku tengok sweet sangatkan. Then aktiviti aku mencarut dalam versi Jawa kuno pun bermula apabila si mamat ni bagi bunga tu dekat mak si awek sebab mak dia telah berjaya menaikkan nafsu syahwat si mamat ni. Si awek merajuk tapi berjaya dipujuk oleh mamat ni dengan mengatakan “Mak saya cakap kalau nak tahu rupa isteri kita bila dia tua nanti tengok rupa mak dia.” What the #@$%@##$. Ni fakta sekolah mana kau belajar ni. Dasar iklan pervert!!!

*******************************************

Tidak semua iklan kita boleh percaya bulat-bulat. Contoh seperti iklan syampu Clear dia cakap dia no.1 ..  Iklan syampu Sunsilk dengan Rejoice pon cakap dia no.1 jugak. Iklan pencuci muka Fair&Lovely tu lagi tidak senonoh. Pakai dekat muka apasal satu badan boleh jadi putih? Memang tak masuk akalkan. So kita sebagai pengguna jangan cepat terpengaruh dengan dongengan iklan-iklan yang ada sekarang ni. Eh? Kalau iklan barangan seperti ‘kondom’ macam mana eh agaknya. Hahahaha. Stop thinking dirty things Ery. See you next entri. ChoooOW!!!

Comments
  1. cinta kamu.. says:

    hahha..so sweet yg iklan silky gurl..memang terpengaruh..biler tgok iklan tu..seyes..terbayang.. muka tira dah tua sejibik cam mak..cun la tu..hahah

  2. adeq says:

    mmg terbaek ulasan yg abg bg…tp mmg btol pn la…sume iklan2 tu annoying sgt2..cm kdg2 mlampau pn ade..ase cm na sepak je sape2 y buat iklan tuh..asal bukak tb je “KEROPOK MONY..!KEROPOK MONY…!!” masalahnye kalao mkn keropok tu blh jd panday takpe jugak.huu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s