Sewaktu Kecil Dibulan Ramadhan

Posted: August 19, 2010 in Umum

Teringat semasa kecil dulu apabila menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Aku dulu masa kecil mana kenal apa tu Ramadhan. Apa yang aku kenal adalah istilah bulan puasa. Bila dengar je bulan puasa terus dalam kepala hotak aku ni mengambarkan bulan dimana orang tak boleh makan dan minum dari mula azan Subuh sampailah azan Maghrib. Sudahlah masa kecik dulu aku ni hyperactive orangnya. Bukan senang tahu aku nak menceritakan kisah aib aku sewaktu kecik-kecik duhulu menyambut bulan Ramadhan. Jadi kalau korang kasihankan aku tak payahlah klik Read more ye.

Aku tak berapa nak ingat bila aku mula belajar berpuasa. Memori yang aku ada sekarang mengatakan sebelum aku merangkak masuk ke alam tadika. Dulu masa duduk kat Kluang Johor tak silap aku; tengah syok-syok tengok tv, tiba-tiba keluar orang tua pakai baju melayu dan bersongkok mengkhabarkan berita bahawa esok adalah Ramadhan.

Aku yang tak berapa nak paham apa tu bulan Ramadhan terus pergi tanya mak aku. Lepas mak aku terangkan barulah aku faham. Rupanya bulan di mana orang tak boleh makan dan minum disiang hari. What the what!! TAK BOLEH MAKAN DAN MINUM DISIANG HARI!! Kalau macam tu mati kebulorlah. Ngeng~ (Fahaman masa budak-budak).

Bangun sahur adalah cabaran permulaan je bagi aku. Masa aku kecik dulu payah betul nsak bangun sahur. Selalu mak aku tarik  je kaki aku seret bawak pergi dapur. Punyalah liat nauzubillah nak bangun bersahur. “Kalau tak makan esok lapar mak tak tahu..” Masa kecik dulu aku tak paham ni ayat pujukan ataupun ugutan tapi aku makan je laa sebab takut kebulor. Hahaha.

****************************************

Esok bangun pagi terus pergi bukak tudung saji. Tengok makanan semua takde. Tanya kat mak baru aku tau rupanya bulan puasa. Bosan duduk rumah (sebab kecik lagi tak layak masuk tadika) aku pergi merayau main kat luar. Tengah-tengah hari buta main kejar-kejar dengan kawan-kawan semua. Sikit punya penat daa. Haus toksah nak cakaplah kan.

Tengok nikmat je member-member nyonyot eskem Malaysia. Ada perisa milo, perisa oren, limau perghhh. Nak beli duit takde. Nak mintak teringat pulak pesan mak ni bulan puasa. So aku balik je lah rumahkan moga kurang sikit seksa perut aku ni.Ingat kat rumah kuranglah seksa rupa-rupanya ada lagi cabaran even lagi dasyat.

Cabaran paling azab untuk aku dibulan puasa masa kecik-kecik dulu adalah tv. Bukak tv1 kuar muka Chef Wan, bukak tv2 kuar muka Chef  Two… Dia punya masakan perghh. Tengok jam kat dinding baru pukul 4 petang. Sambil pelan-pelan merangkak ke peti televisyen dan mencakar-cakar skrin tv tersebut. Ikutkan hati masa tu nak je aku jilat skrin tv tu.

****************************************

Langkah paling simple aku mengurangkan seksa aku masa kecik dulu adalah tido. Tapi tido aku selalunya berakhir dengan terjaga akibat bau-bauan juadah lauk berbuka puasa. Mak aku kalau masak memang mantap. Terus merangkak sambil tutup biji mata ke dapur.

Abah is the best. Bawak aku pergi bazar Ramadhan. Dia akan bagi aku pilih satu je makanan sebagai upah untuk aku puasa penuh. Dulu aku takder upah sehari seringgit. Upah aku adalah kalau puasa dapat makan best dan dapat baju raya best. Hahaha. Pusing-pusing kat bazar selalunya berakhir dengan ayam golek. Ayam golek sekor untuk aku sorang.

****************************************

Waktu buka memang pelahap. Belom apa-apa lagi air aku dah sedut air sampai setengah jag. Lepas tu baru padan muka aku. Kembung air; lepas tu ayam golek makan tak habis. Terus je jadi santapan mak dengan abah aku. Hahahaha. Abah cakap, “Selesai sudah puasa hari yang pertama. Ada lagi 29 hari.”

Arghhhhhhhhhh!!! Hahahhahaha.. Selamat berpuasa semua aku ucapkan. Eh!? Teringat pulak pesanan berupa nasihat yang selalu terngiang-ngiang dalam kepala hotak aku ketika bulan Ramadhan. Orang yang tak puasa penuh tak boleh raya. Jadi kalau tak tumpah darah sila puasa penuh ye. Salam Ramadhan. Ollaaaa ChoooW.

Comments
  1. cinta kamu.. says:

    hehehehe…best!!!! nasib baik xder citer korek hidung..hahahahah=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s