Amarah Dibulan Ramadhan

Posted: August 17, 2010 in Umum

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan. Nama lain bagi bulan ini adalah bulan puasa. Dibulan ini kita di wajibkan menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Bukan menahan lapar dan dahaga sahaja malahan kita juga disarankan untuk melakukan road block dan kuarantin terhadap semua kategori hawa nafsu kita sepanjang tempoh bulan Ramadhan. Ini termasuklah menahan nafsu amarah dan maki hamun terhadap orang lain. Kerana itu kaum hawa tidak boleh berpuasa bila tibanya mode PMS kerana kondisi mentaliti mereka akan menjadi tidak seimbang. Okeyh, kenyataan ini aku sengaja buat-buat jadi korang endahkan je. Klik Read more untuk mengetahui hukum marah-marah dibulan puasa.

Keadaan Aku Kalau Marah

Sebenarnya aku sengaja  je buat entri macam tu kerana hari ni (semalam) aku telah melepaskan Kyubi berekor sembilan di dalam ofis kolej aku. Ini kerana aku telah mendapat email dari PTPTN berbunyi seperti ini:

Dengan hormatnya dimaklumkan permohonan PTPTN anda tidak diluluskan atas sebab-sebab BATAL.

Terkezut monkey aku. Siap dengan perkataan “hormat” tu. Cuba kalau korang tulis surat kategori sedih kat orang lain “dengan segala hormatnya saya ucapkan takziah” bagaimana? Silap haribulan makan penampar guna kaki. Tulis surat pun tak tahu format yang betul. Atas sebab-sebab mestilah banyak sebab. Kalau satu sebab kena guna “atas sebab” je. Ni apa jenis kategori sebab ni kau bagi dekat aku. BATAL bukan sebab yang boleh diterima pakai dizaman era ketamadunan moden.

Bukan aku sorang je yang kena. Hampir separuh dari student yang memohon semua pun dapat email yang serupa macam aku. Okey la tu. Sekurang-kurangnya kalau menyerang ramai-ramai baru Satu Malaysia kan. Esoknya yang semangat pergi melempiaskan hawa nafsu amarah, aku sorang je. Yang lain gentel telur di rumah untuk dibuat juadah berbuka puasa nanti.

Aku really tak ingat apa yang aku mengamukkan dekat dalam ofis tu. Ada sorang budak tu juga sama nasib macam aku. Dia kata dekat aku sewaktu aku mengamuk ramai student yang nak isi borang (tak tahu borang apa) semua lari dari ofis tu. Satu dialog yang dia cakap dekat aku yang aku sendiri pun tak berapa nak ingat adalah berbunyi seperti ini.

********************************

Si Penipu: Adik ni tak baik marah-marah. Ini kan bulan Ramadhan bulan keberkatan. Cuba bawa bertenang sikit.

Aku: Oh, bulan Ramadhan tak boleh marah-marahlah ea. Kalau macam tu mari sini saya lempang muka awak laju-laju. Awak jangan balas balik tau. Bulan Ramadhankan tak baik marah-marah. Biar saya je yang lempang muka awak.  (dengan menggunakan suara yang lantang)

********************************

Lastly dalam epilog marah-marah aku, keputusan telah dicapai. Dorang suruh aku endahkan je email tu atas arahan pegawai PTPTN yang mereka jumpa. Balik ke hostel kesan kemarahan aku masih belum reda lagi. Nasib la sape yang main tegur semacam memang sumpah aku akan maki. Raya pun nak dekat ni so aku minta maaf kalau ada yang kena maki. Hahaha. Weyh, aku tak ingat dan semua di luar jangkaan.

Wan member aku pun tolong semakkan status PTPTN aku dekat portal rasmi kerajaan. Dalam portal tu dia tulis LULUS. Aku memang tak paham sistem  Information Technology yang kerajaan guna sekarang. Ni mesti mereka guna system version 2000 ni. Patutlah mundur 10 tahun kebelakang.

Dengan ini saya Muhamed Efandy Haery Bin Othman ingin mengumumkan “Don’t Mess With Me!”…… Manusia yang penyabar bila sekali dia meletup sangat menakutkan. Kepada penipu-penipu yang berkeliaran di kolej ini berwaspadalah ea. Ini baru sikit je ni. Jangan sampai kerusi meja melayang pulak dalam ofis nanti. Hahahaha. Bukan sekali korang buat kat aku macam ni. Dah banyak kali tau. Awas! Kes yang dulu pun aku masih berdendam lagi tau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s