Meow Dibulan Ramadhan

Posted: August 16, 2010 in Umum

Sejak hari Jumaat lagi kami penduduk di blok SS08 sudah digemparkan dengan bunyi-bunyian entiti seperti meeeaaaawww dan meeeeoow. Ok, aku sengaja cuba berusaha ingin mereka cerita seram padahal tak seram mana pun kan. Kalau bunyi macam tu sudah tentulah suara kucing  berbakat mendendangkan lagu Justin Bieber. Tapi yang musykilnya dari mana datangnya bunyi tersebut. Munzir cakap mungkin rumah bawah ni ada bela kucing. Tapi takkan sampai mengeoow macam tu sekali. Lagipun rumah bawah aku ni budak kategori rempit tegar mana tahu apa tu kucing. Terngiang-ngiang ditelinga aku seperti bunyi makhluk Allah s.w.t meminta bantuan kemanusian Gaza. Serius aku tak senang duduk dengan bunyi-bunyian macam tu. Nak kata ada hantu tak mungkin memandangkan sekarangkan bulan Ramadhan jadi semua hantu dihantar pergi bercuti ke Genting Highland. Ikuti cerita selanjutnya dengan mengklik Read more. Meeeoooow!!!

Hari ni aku dah nekad nak membongkar misteri disebalik bunyi meeoow tu. Alang-alang nak pergi kedai depan membeli barang dapur untuk juadah berbuka apa salahnya membongkar misteri ini. Boleh juga dijadikan aktiviti sampingan dibulan Ramadhan. Aku pun ajaklah member aku si Ikhwan Fikree sekali. Balik dari bershopping di kedai runcit Mirda kami pun menghala ke longkang berdekatan di mana datangnya suara berkenaan. Ternyata memang ada seekor anak kucing dalam longkang tu. So, Wan pun keluarkan anak kucing tu dari longkang tersebut.

Aku bagi cadangan kat member aku suruh bawak balik kasi makan dulu. Kesian dia dah baper hari tak makan. Kami pun melangkah pulang tanpa mendukung kucing tu sebab kucing tu main follow kita orang macam tu je. Naik tangga hostel pun dia panjat satu-satu tangga tu dengan usaha dia sendiri. Serius aku terharu tengok semangat anak kucing ni. Dah baper hari tak makan tapi masih kuat lagi semangat dia.

Mark

Jadi kami mengambil keputusan untuk menjaga beliau. Kami mandikan dan bagi dia makan. Wan bagi si kucing ni minum susu bancuhan peribadi beliau. Kerana tu mana Wan pergi kucing ni ikut je maybe sebab dia konpius menganggap Wan ni ibu kucing instead of ibu ayam. Wakakaka, satu statement tanpa prejudis dari aku.

Kami berbincang nak bagi nama apa kat kucing ni. Pelbagai nama yang cuba diberikan seperti Harun, Markonah dan Nozi. At last kata sepakat telah dibuat menamakan dia Mak aka Mark (glemer sikit). Kenapa mak? Sebab kucing ni asyik bising je macam mak. Ni Wan yang cakap maybe dia ada pengalaman macam ni. Mak aku steady je. Hahaha.

So, welcome to our family Mark. Be a nice kitten and grow to be a good cat. Semoga kamu membesar menjadi seekor kucing yang soleh dan berpelajaran serta menghormati ahli keluarga SS08 yang lebih tua ye. Jadilah seekor kucing yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Nanti dah cukup umur mintak Wan buatkan kamu MyCard. Hahahaha.

Sampai jumpa lagi dilain entri. Stay tune, stay fun and stay alive. Life is full of wonderful things. See ya later guys. Salam Ramadhan. Ollaaaaa ChoooowW!!!

Comments
  1. farass says:

    mark comel….. hehhehe.. mcm my chitam… kat kampong yang hilang… (T_T)~

  2. Ryuki S Mode says:

    Bro ery mmg power bab kucing… tanye jer ape jer tntg haiwan itu.. kompem le jawab cam air mengalir… MARK!!!! sggh comel!!!! xmau noty2.. nanti MAMA WAN kurung dalam KANDANG buatan tgn MAMA WAN… huhuhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s