Bintang Blog Idol

Posted: August 6, 2010 in Umum

Selalunya orang mendengar dan melihat rancangan Bintang Kecil atau Malaysian Idols je. Tidak pernah pula keluar dimana-mana saluran televisyen mahupun radio rancangan berbentuk Bintang Blog Idol. Dikesempatan ini aku terpaksa membuka pekung didada dengan mengakui blog aku tidaklah sehebat manapun. Selalunya para jejaka tidak suka menulis blog kerana mereka akan merasakan dirinya separa sotong kerana mencurahkan isi hati mereka diblog. Kerana wanita memang dilahirkan untuk menjadi seorang yang emo sudah tentulah ramai dikalangan mereka yang memiliki diari rahsia dan blog (termasuk blog rahsia). Aku mula minat untuk memiliki dan menulis blog sewaktu secara tidak sengaja terbaca blog  my BFF yang penuh dengan dekorasi menarik. Gila taksub aku  waktu tu sambil berkata di dalam hati “Fuh! Gila minah ni hias webpage dia macam baru menang pertandingan Dekor Bersama Eric je.” Klik Read more untuk mengetahui siapa yang aku nobatkan selaku Bintang Blog Idol pilihan aku.

Sifu Aku Dalam Penulisan Blog

Beliau adalah sahabat pertama aku di kolej ini yang aku kenal melalui YM. Masih ingat waktu aku belajar math dengan dia lalu YM je sebab ada exam masa orientation dulu. Aku ni dahlah pemalu tak bertempat dengan spesis bernama wanita. Walau bagaimana pun usaha aku ternyata menjadi sia-sia je kerana kolej telah berjaya mengkuarantin aku masuk ke dalam kelas announcement (kelas student tak berapa nak menjadi kepintarannya) akibat kejahilan aku di dalam ilmu hisab (Math) dan bahasa jahiliah (English) untuk beberapa bulan.

Pada suatu hari aku terlihat status YM dia tertera alamat laman keji blog dia. Aku pun cuba-cubalah check it out kan. Ingat lagi aku 1st entri yang aku baca dulu berkenaan latihan dia di dalam pasukan Wataniah. Penuh gambar-gambar askar wataniah lelaki mahupun perempuan. Fuh, bangga gila aku tengok kawan aku pakai baju pengantin eh silap pakai baju askar. Lepas tu pegang Styer sambil buat muka gersang ganas. Sebab muka dia ganas sangat aku gelak sampai jatuh kerusi. Tapi sekarang aku dah insaf sebab muka dia lagi ganas sekarang. Hahahahaha. Eh tergelak pulak.

Hampir setiap hari jugalah aku menjengah ke blog dia. Then, aku tanya si Bell macam mana nak buat blog sebab dia pun ada jugak blog walaupun tulisan kat dalam blog dia selalunya kurang dari 80 patah perkataan je. Nak tanya pada sifu dan tongga kat gambar di atas ni terasa segan nak arwahlah pulakkan. Aku develop blog aku perlahan-lahan.

Blog mengajar aku erti dewasa. Aku terpaksa menutup blog akibat dari memplagiat karya orang lain. Aku belajar dari kesilapan dan Abby pun banyak support aku. Lalu aku beralih ke syarikat rakaman blog lain. Kini aku di WordPress. Apa yang seronoknya blog Abby sehinggakan aku sanggup menulis entri khas untuk dia? Well, you all should discover it for yourself.

Madam Kamala pernah bagi assignment dekat aku untuk subjek Web Page Developement. Soalan dia berbunyi “Give an example of your  most favourite webpage and tell me why you like it.” Jawapan kepada soalan itu tertera pada gambar di bawah ini:

Ni jawapan serius ikhlas dari hati tahu tak!! Hahahaha. Entri khas ini aku tujukan buat sahabat, teman dan seorang penulis blog berbadan kecil tetapi berjiwa besar iaitu Arisa Funabashi. Erk, sampai sekarang aku tak tahu maksud Funabashi tu apa. Hahahaha.. Ayuh ucapkan selamat maju jaya buat beliau. Abby ur are the greatest blog writer ever!!!

**********************************

(Sila ambil Cik Abby)

Entri ini ditujukan khas buat blog Once Upon A TiME karya my BFF Arisa Funabashi.

From Your Best Friend,

Andy@MissEry

Comments
  1. salam

    ya allah..andy…malunya abby..siap buat dalam assignment..?adess…….segan beb…tp an..nk pulak lecturer tuh bace blog abby..hahahahah…

    cet..perasan glamor la..hahahah…tuhla…kamu nih…paperpon thanks sgt…hari yang besh tok abby…
    syg andy…

    (tutup mke dengan bantal…malu3x…)

    thanks bg award tuh..abby amik ekh…
    =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s