The Thing That You Should Not Do When Using Facebook Part 2

Posted: August 4, 2010 in Umum

Image by Google

Entri kali ini adalah sambungan entri The Thing You Should Not Do When Using Facebook Part 1. Aku akan mendedahkan tips-tips tentang perkara yang anda perlu elakkan semasa sedang menggunakan Facebook. Mungkin anda tidak perasaan bahawa perkara-perkara ini pernah anda lakukan tanpa disedari. Pada anda mungkin tak mengapa tapi pada orang lain boleh menyebabkan mereka hangin. Ayuh kita mengenali perkara-perkara tersebut dengan mengklik Read more.

1) Membuat wall tempat mencurahkan perasaan tanpa batasan.

Wall Facebook memang tempat meluahkan perasaan tapi selalunya di sinilah terjadinya perkara paling hangin yang anda buat tanpa anda sendiri sedari. Elakkan dari meletakkan status seperti “Aku benci jantan!!” atau “Aku tak nak pikir pasal lelaki dah lepas ni. Aku nak single mingle je.” Tahukah anda, status yang terlalu umum sebegini boleh menyebabkan terjadinya  salah faham terhadap status diri anda. Adakah anda seorang lesbian dengan meletakkan status seperti itu? Hahahaha. Nabi tak ngaku umat nanti weyh!!!

2) Jangan suka-suki tag gambar duit hasil perniagaan MLM anda.

Seriously aku memang tidak berminat langsung dengan perniagaan anda. Tak perlu tag orang lain dengan duit anda tu. Kami tahu anda sudah cukup kaya dan kami juga bukanlah seorang manusia mata duitan boleh terpengaruh dengan duit anda kecuali perempuan pisau cukur. Kenapa perlu tag kami? Adakah sebab kami ni miskin sangat sampai tidak kenal apa itu duit kertas? Adakah anda sengaja ingin mentakburkan diri anda dengan gambar duit itu? Serius, emosi aku sangat terganggu bila melihat gambar duit banyak macam tu. Takut lupa diri… Islam itu mengajar tentang sifat kesederhanaan.

3) Buat event merepek.

Buat event merepek seperti “Aku akan salahkan Facebook kalau aku gagal exam.” What the hell. Lepas tu ajak orang ramai like event tu. Korang pulak main like je sesetengah event tanpa mengetahui agenda sebenar event tu dan tuhan yang mereka sembah. Aku ada terjumpa event “I will name my baby as Optimus Prime if  I get 1,000,000 fans“. Korang rasa serius ke dia nak namakan anak dia macam tu? Orang kata bodoh tu cuba simpan-simpan sikit.

4) Beri informasi perjalanan anda di wall Facebook.

Esok saya dan keluarga akan melancong ke London untuk beberapa hari“. Nak bagi lagi nampak luxury taip dalam bahasa English. Lepas beberapa hari letak status “Oh najis (shit)!!! Rumah aku kosong kena rompak!!!“. Dah engkau kasi tahu bila rumah kosong  tiada penghuni kenapa. Memang perkara ini nampak biasa je bagi anda. Sentiasa ingatkan diri bahawa anda tidak kenal penjenayah tapi penjenayah kenal anda. Zaman sekarang jiran sebelah pun bukan boleh percaya sangat. Sentiasa rahsiakan perjalanan anda untuk keselamatan diri dan harta benda.

5) Letak gambar harta benda sendiri mahupun orang lain.

Tahukah anda bahawa menjadi satu kesalahan menangkap gambar aset/harta orang lain tanpa kebenaran dan meletakkannya di laman Social Network. Contoh seperti menangkap gambar motor sendiri atau orang lain tanpa dicensoredkan nombor  plet pendaftaran kenderaan tersebut. Manalah tau ada samseng yang sedang mencari anda lalu terjumpa di Facebook. Lepas tu pura-pura kawan dengan anda then ajak jumpa. Then… (Tak dapat nak bayangkan perkara seterusnya). Well, zaman teknologi sekarang ah long pun dah pandai guna Facebook untuk melakukan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen tahu tak.

Kalau ada lagi perkara-perkara yang harus dielakkan sila bagitahu ye.. Manalah tahu  kalau anda ada terjumpa perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda hangin semasa menggunakan Facebook seperti kawan anda yang memaksa anda menyertai  permainan kebun dan ladang ternakan, perniagaan restoran dan usahawan perlancongan pulau secara maya. Serius weyh, sangat anoying kalau wall anda penuh dengan application macam tu. Hahahaha. Sampai ketemu lagi dalam entri yang akan datang. Adios!!!

Comments
  1. farass says:

    info yg bergune….. (^o~)

    1) Membuat wall tempat mencurahkan perasaan tanpa batasan.
    > bukan pakcik ke yg selalu wat??? erk.. lonpius3….

    2) Jangan suka-suki tag gambar duit hasil perniagaan MLM anda.
    > ha yang ni saya tasuke..

    3) Buat event merepek.
    > selalu lynkan je like3.. keh3..

    4) Beri informasi perjalanan anda di wall Facebook. & 5) Letak gambar harta benda sendiri mahupun orang lain.
    > ni sendiri mintak dirompak nie… hahhahahah

    • efyery84 says:

      farass: oit!! bila masa pulak nombor satu tu pkck.. pkck cuma curah kasih sayang sesama insan di wall je.. itu tak mengapa.. hahahaha.. semoga status wall anda tidak tergolong dalam kategori status emo.. hehe..

  2. wizausky0414 says:

    ad la Org pkse2 pkse2 aq msk perniagaan mlm dOrg 2..entri ni aq plgtggu2 taw…bler la nk kua..akhir nya t’jwb jga..hehe..newayh aq akn cber b’hty2 mggunakan fb..thx k. ^_^

  3. efyery84 says:

    pa’an: heee~ kadang2x pun kita tak tersangka perkara yang kita rasakan betul itu salah sebenarnya kan.. hanya entri ingat mengingati je sesama insan :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s