The Thing That You Should Not Do When Using Facebook Part 1

Posted: August 1, 2010 in Umum

Image from Google

Rata-rata umum sudah mengetahui apa itu Facebook even budak sekolah rendah juga sudah tahu menggunakan teknologi Social Network ini. Hey, kamon laa. Kalau korang cakap tiada akaun Facebook seumpama lelaki Melayu yang membuat pengakuan tidak bersunat walaupun sudah tingkatan 3. Entri kali ini aku ingin memberi sedikit tips perkara yang perlu dielakkan semasa menggunakan Facebook. Klik Read more ye…

1) Suka suki tinggalkan nombor telifon.

Aku memahami kalau korang terlalu eksited sebab terjumpa member lama di Facabook tapi tak perlulah meninggalkan nombor telifon anda bersepah-sepah di wall. Anda hanya perlu menyerahkan saja nombor anda melalui sistem massage yang telah disediakan supaya lebih privasi. Aku pernah menegur orang macam ni sebab aku beranggapan beliau ni buta IT. Tapi tegur secara baiklah. Korang nak tahu tak, aku pulak yang kena marah. Kalau ada orang tak dikenali minta nombor talifon kau adakah kau akan beri sesuka hati. Mestilah kau ngaku tidak bukan. So, whats the point on leaving you number at that wall? Jangan sampai nombor anda diambil oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk dibuat panggilan hangit diwaktu malam.

2) Jangan add orang yang anda tidak kenal.

Jika Facebook suggest kita berkawan dengan seseorang kerana terdapat ramai mutual friends itu tidak bermakna anda perlu menambah mereka sebagai rakan anda. Berkasih biar satu berkawan biar seribu memang menjadi motto khas untuk Facebook. Makin ramai kawan yang anda add makin kuranglah privasi yang anda ada. Kehidupan realiti anda pun tiadalah sampai beratus kawan pun kan. Rambut sama hitam hati lain-lain, ingat tu.

3) Jangan mencipta atau menyertai group-group tertentu tanpa mengetahui agenda sebenar.

Aku akui zaman sekarang zaman boikot. Makan bubur McD rasa muntah kucing terus buat group dekat Facebook “Kami benci McD“. Lepas tu buat group “Kami benci Manchester United“. What the fish!!! Aku peminat ManU tau tak. Okey aku pasti orang yang cipta group tu pun hanya tahu mengeji je tapi sebenarnya bukan tau pun apa itu bola. Yang dia tahu main bola kocek je. Damn, jangan korang baca entri ni lepas ni buat group “Kami benci blog Cerita Aku Dan Sesuatu” sudahlah. Don’t sue me, I got no money. Hahaha.

4) Jangan letak gambar keji.

Pakai baju ropol-ropol, seksi dan menghairahkan. Anda tahu tidak gambar anda boleh diekploitasi sesuka hati oleh manusia pervert di luar sana. Bukan susah pun hanya perlu klik mouse right dan save picture as. Mudah je kan mereka mempergunakan gambar anda untuk dibuat koleksi gambar gersang mereka diwaktu malam. Ada satu gambar ni berkenaan pelajar perempuan menunjukkan isyarat lucah beramai-ramai dan lepas tu upload dalam Facebook. Maybe dorang fikir gempak  kot gambar tu tanpa memikirkan natijah yang bakal berlaku. Nak tahu apa kesudahannya? Gambar mereka telah diambil dan diletakkan di dalam blog Oh! Tidak untuk dikeji beramai-ramai.

5) Privatekan Facebook anda.

Anda boleh memprivasikan Facebook anda hanya untuk kawan-kawan yang dikenali sahaja. Tarikh lahir letak hari dan bulan je sudah memadai tanpa perlu meletakkan tahun kelahiran. Alamat rumah tak perlu detail sangat. Elakkan letak nombor talifon (lihat senarai 1 untuk rujukan). Gambar-gambar tidak senonoh privasikan dan kalau boleh jangan letak langsung. Semua yang boleh diprivasikan anda buatlah tapi kalau boleh gambar profile tu tak payahlah nak privasikan sekali sampai letak muka Justin Bieber  besar-besar tapi nama Abu bin Dollah. Macam mana orang nak kenal kau?

Dengan ini tamatlah bahagian pertama tips-tips apa yang harus anda elakkan semasa menggunakan Facebook. Semoga anda mendapat sedikit manfaat dan informasi dalam ruangan entri kali ini. Nantikan kemunculan ke-2 sambungan entri ini ya. Aku nak berFacebook semula. Hahahaha. Hoyeeaah!!!

Comments
  1. cinta kamu.. says:

    ini sy setuju…..harap tip ni..sgt berguna pada org2 yg menggunakan fb pada jalan yg salah..renung2 kan dan selamat beramal..hahahaha=))

  2. .::a'an::. says:

    hahaha..kO rse aq nyew fb 2 Oke kew..ad x yg kO xbekenan..
    yg entri ni mmg aq suke..the best!!!
    keep it up duded!! ^_^

    • efyery84 says:

      pa’an: berkenaan FB ko aq tak berani nak komen.. hahahaha.. aq rasa ada kot sedikit ciri-ciri di atas.. ala, mesti ko rasa ada yang sama kot ngan atas especially bab add kawan tanpa melihat berat badan, warna kulit, rupa paras dan jantina tu.. huhuhuhu :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s