Jom Minum Susu

Posted: August 1, 2010 in Umum

Minum susu anda jadi kuat, sihat dan chubby. Dulu masa kecik-kecik aku sangat addicted dengan susu sehinggalah kejadian pembunuhan botol susu kesayangan aku. Mak aku telah menetak botol susu aku menggunakan parang sehingga terbelah dua dan akhirnya botol itu aku tanam dihadapan rumah lama dekat Kluang Johor dulu. Serius sangat sedih woo sampai tak boleh nak menangis hanya berani mengeluarkan suara huuu huuu je sambil sedut balik hingus masuk dalam mulut. Hahahaha. Aku masa tu mana tahu minum susu guna gelas atau cawan. Aku lagi suka menyonyot puting je pada masa tu. Sekarang baru sedikit sebanyak aku mengenali khasiat susu setelah lutut aku kembali kuat dan normal hari demi hari. Terima kasih susu. Klik Read more untuk menyusu bersama aku.

Ihsan dari Pakcik Google

Kalau ada bayi melihat gambar ini pasti dia tengok objek sebelah kanan sambil meleleh air liur kehausan sebab nikmatnya susu. Kalau jejaka pula pasti melihat objek sebelah kanan tu juga sambil meleleh air liur dan mungkin berlaku pergerakan di dalam seluar. Memang tak senonoh korang ni. Aku pasti perempuan pula akan melihat gambar sebelah kiri tu sambil membuat mata comel inginkan bayi sihat seperti itu.

Aku tak berapa nak ingat bila aku  menikmati situasi seperti di atas. Yelah masa aku bayi mana aku ingat apa yang berlakukan. Yang aku ingat masa menikmati susu dari ibu angkat aku si lembu. Ceh, korang tak payah nak gelakkan aku sebab ada ibu angkat seperti itu. Korang pun sama je minum susu lembu jadi secara tidak langsung lembu tu sudah menjadi ibu angkat korang juga.

Sekarang pun susu dah ada banyak jenis dan perisa. Ada perisa coklat, strawberi, coffee dan yang terbaru sekali  perisa durian (tipu). The best adalah menikmati susu dalam perisa asli yang sebenar. Ada juga dijual susu kambing. Evolution sains telah berjaya membuang lemak dalam susu bagi menjadikannya susu low fat rendah lemak supaya anda tidak menjadi chubby seperti lembu.

Aku respect gila dengan kaum India dan Sikh yang mengamalkan minum susu sebelum tidur. Hasilnya, walaupun mereka berusia 70 tahun sekalipun tulang mereka masih kuat. Hey, aku ada jiran India tau. Nenek tu duduk tingkat 4 atas rumah aku tiap hari naik turun tangga selamba je. Aku je yang mengah dan mengeluh. Malu aku kalah dengan nenek tu sambil dia tersenyum menunjukkan gigi dia yang putih.

Sekarang pun dah ada susu Anlene. Susu yang mempunyai kadar kalsium paling tinggi dan harganya jugak boleh tahan mahaaaal laa. Tapi untuk kesihatan masyarakat sejagat apa salahnya membelanjakan sedikit wang bagi mendapatkan kesihatan yang lebih baikkan. Kalau yang sudah berkahwin tu tiada masalah untuk menikmati susu segar setiap malam. Demi kebahagian rumah tangga si isteri haruslah memastikan kesihatan si suami dalam keadaan baik.  Kami para lelaki perlukan jagaan rapi dari kamu yang bergelar isteri. Hahaha.

Okeyh, hentikan gurauan jenaka seksualiti ini. Ayuh menikmati segelas susu atleast 3 kali seminggu untuk tulang yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik. Jom minum susu!!! Hoyeeeah.

Comments
  1. cinta kamu.. says:

    mulut tu cover skit yerrrr…hahahaha..ape2pun susu memang penting..penting untuk tulang n kesihatan anda…lagi satu..air masak pun penting jugak..8 gelas sehari…ok…jom!!!!!!!!!!!!!!!

  2. SoulMagician says:

    haha susu segelas seminggu tandanya susu tu dah sampai tarikh expired dia, sebab sekotak susu lepas buka harus minum dalam masa 4 hari kalau tak akan rosak (berdasarkan kajian saya sendiri)

    tapi yala cakap Abang tu betul susu secawan semalam tu bagus…tapi kena tengok jenis susu juga, kalau nak tau jenis macam mana lagi bagus tanya saya, saya pernah buat kajian XDDDD

    • efyery84 says:

      munzir: oh ye ke.. tp kalau susu beli botol tu rasa kalau letak dalam fridge blh tahan sikit kowt. actually kalau susu ni yg botol kecik tu sekali teguk je dah licin kot kecuali org yg tak biasa minum. minum sebelum tidur dapat membuatkan tidur kita lena diulit mimpi indah.. thanxz :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s