Kisah Seekor Sotong

Posted: July 9, 2010 in Umum

Paul The Octopus

Paul atau nama sebenar beliau Paul Oktopus lahir pada tahun 2008 adalah berketurunan dari keluarga Octopus Vulgaris. Beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Persatuan Arbok (Pondan) Sedunia dan mempunyai tugas berat dibawah pemerintahan tentera Nazi untuk meramal perlawanan bola sepak yang akan ditentang oleh pasukan German. Yelah dah dia duduk dalam akuarium German jadi nak tak nak kenalah menjalankan tugas sebagai ahli nujum negara ye tak? Masa European Cup 2008 si sotong durjana ini telah menunjukkan kuasa Sailormoon beliau dengan membuat ramalan yang tepat  (5 out of 6 its true). Sangat hebat bukan. Sempena World Cup kali ini tentera Nazi telah mengarahkan si sotong ini untuk membuat ramalan kalau beliau tidak mahu diliwat secara terang-terangan. Ayuh kita melihat ramalan yang telah dibuat oleh Encik Sotong ini dengan mengklik Read more.

1) German VS England

German VS England (4-1)

Ramalan yang dibuat oleh si sotong ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan melihat kepada corak persembahan perlawanan pasukan England sebelum ini yang bermain seolah-olah seperti pasukan Felda United. Sebelum sepak mula dijalankan lagi penyokong dari pasukan Germany telah menyanyikan lagu “London Bridge Is Fallin’ Down” kerana sudah mengetahui yang mereka akan menang.

Goal Frank Lampard Di Batalkan

Disaat-saat kebangkitan yang dilakukan oleh Frank Lampard untuk menyamakan kedudukan si sotong ini sekali lagi menggunakan kuasa ajaib yang dimiliki oleh beliau untuk menafikan gol tersebut. Si sotong ini dengan suka suki menggunakan jutsu Oracle yang dimiliki oleh beliau untuk mengubah garisan gawang gol serta memperbodohkan lines man dan pengadil perlawanan. Ini menyebabkan pasukan England mengalami kekalahan teruk 4-1 dan seterusnya pulang ke kampung halaman untuk menyambut kejian masyarakat setempat dan tidak lupa juga menerima panggilan ugutan bunuh diwaktu malam dari jiran sebelah rumah.

2) German VS Argentina

German VS Argentina (4-0)

Semua penyokong pasukan England yang berdegil tidak mahu pulang ke kampung halaman selepas kekalahan pasukan mereka ditangan pasukan Germany dengan pantas tanpa rasa bersalah menukar warganegara mereka kepada warganegara Argentina. Mereka mahu membalas dendam kerana pasukan mereka telah dimalukan oleh pasukan Germany terus sahaja duduk dibelakang barisan penyokong-penyokong tulen pasukan Argentina secara diam-diam menyanyikan lagu kebangsaan Argentina walaupun pada dasarnya memang satu apa pun mereka tidak faham. Tapi ternyata pengorbanan dan duit yang diperjudikan oleh mereka sia-sia sahaja apabila pasukan Argentina pun turut dimalukan secara live di channel ESPN. Ini kalau penyokong pasukan Argentina tahu ada penyokong pasukan England yang turut menyokong pasukan Argentina pasti akan berlaku pertelingkahan atas sebab membawa badi England ke dalam pasukan mereka.

3) German VS Spain

German VS Spain (0-1)

Paul telah menghantar proposal supaya gaji beliau dinaikkan tapi negara German tidak layan tuntutan yang dibuat oleh si Paul lantas menyebabkan si Paul marah. Zaman sekarangkan zaman boikot terus beliau membuat ramalan pasukan Spain akan menewaskan pasukan Germany. Ini menyebabkan psychology pasukan Germany sedikit tergugat lantas menunjukkan persembahan seakan-akan pasukan bola sepak sekolah rendah kebangsaan. Akhirnya pasukan Germany kecundang 1-0 ke atas pasukan Spain. Padan muka!

*****************************************

Sebelum si sotong ini menerima hukuman setimpal, beliau telah membuat ramalan kali terakhir. Satu ramalan yang amat memeranjatkan masyarakat sedunia.

German VS Malaysia

What the hole!! Agaknya si sotong ini sudah mengalami gangguan otak akibat dari terlalu banyak menggunakan ilmu psychic beliau. Oh, sangat memeranjatkan. Bila perlawanan ini akan bermula ya? Hahahaha…

Tiada lagi sotong selepas ini. Ayuh kita doakan semoga si Paul aman di sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Jasa dan pengorbanan beliau akan dikenang buat selama-lamanya.

Paul Oktopus (1998-2010) RIP

Comments
  1. oshe says:

    huhuhuhu…kesian paul…tapikan german vs malaysia..betul ker malaysia menang..hahahaha..boleh percaya ke paul ni..hehehe..tpi xpe la..alamat xbetul otaknyer..paul dimakan beramai – rmai…alhamdulillah kenyang la..hahahahah!

  2. farass says:

    hhahhahhahah….. idop my only malaysia……
    i love u malaysia… hik3….

    p/s: cian si paul… cedap sungguh sotong goweng tepung.. hik3…

  3. .::a'an::. says:

    haha..cm xcye jewp malaysia nk msk FWC..ngee ^_^
    spe mng erk nt..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s