Adab Di Kedai Makan

Posted: June 29, 2010 in Umum

Manusia dan adab ibarat pasir dan lori pasir. Tiada pasir maka tiadalah lori pasir maka tiadalah budak-budak bermain pasir. Eh, kenapa pelik sangat anologi yang aku terangkan di sini. Salah satu adab yang harus diberi perhatian adalah adab ketika berada di kedai makan. Dekat kedai makan pun kena beradap ke? Ada sesetengah manusia ni kalau sebut pasal makan je terus hilang pedoman dan maruah diri dah tak kira dah adab sopan semua  main belasah je macam biawak komodo. Jadi entri kali ini aku ingin memberi sedikit tips bagaimana untuk beradap di dalam kedai makan tidak kiralah kedai makan tu cuma warong picisan ataupun restoran 5 bintang sekalipun. Sila kilik Read more untuk mempelajari teknik beradap di kedai makan.

1) Sila periksa duit anda sebelum masuk ke kedai makan bukan selepas dah habis makan baru nak periksa. Lagi besar sesebuah kedai makan bertaraf restoran makin banyaklah duit yang diperlukan.  Ini bagi mengelakkan anda menjadi pencuci pinggan mangkuk bersiri di premis berkenaan. Sumpah malu doo kalau perkara ni terjadi.

2) Elakkan diri dari memesan makanan yang terlalu eksotik seperti Kari Kepala Bot, Ikan Jerung Masak Asam Pedas, Tupai Masak Anai-anai dll. Gila teruk nafsu makan korang sampai macam tu sekali order.

3) Jangan tokok tambah pesanan seperti “Bang saya nak order nasi goreng seafood tak nak rumpai laut kat dalam tapi udang tu kalau boleh letak sebakul ye bang.” Jangan risau permintaan anda tidak akan dilayan. Hahaha.

4) Kontrol kehenseman anda dan kejelitaan anda di kedai makan. Ini bagi memberi tanggapan positif pada pengunjung lain di premis berkenaan terhadap anda bahawa kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Disaat-saat mahu ketawa ataupun berbual sila lakukan dengan cara bersopan dan berhemah. Jangan sampai ketiadaan adab anda ketawa terbahak-bahak dirakam lantas diletak di saluran Youtube untuk dikeji beramai-ramai.

5) Bersabar dalam menunggu pesanan makanan anda disiapkan walaupun ia mengambil masa yang lama. Tapi kalau dah lama sangat sampai berkudis punggung menunggu sila ambil inisiatif untuk menghilangkan diri dengan jurus batin secara senyap-senyap tanpa perlu mengamok di premis makanan berkenaan.

6) Semasa sedang eksited menunggu makanan disiapkan jangan lakukan perkara-perkara yang pelik seperti mengambil sudu di atas meja makan lantas dijadikan tanduk dikepala. Lepas tu tangkap gambar untuk diletakkan di dalam Facebook. Tak pun masa makanan sampai terus keluarkan kamera tangkap gambar makanan sama tujuan nak letak dalam Facebook. Gila Facebook korang ni.

7) Semasa makan elakkan diri dari makan terlalu laju dan terlalu perlahan. Eh, aku ngaku bab ni aku fail sebab aku kalau makan paling slow pon tetap laju je. Walau bagaimana keadaan anda makan sila kontrol keadaban anda itu. Elakkan dari makan terlalu gelojoh sampai ayam terpelanting ke atas meja orang lain. Dah malu pura-pura cakap ayam yang dimasak itu masih hidup terus nak saman kedai makan tu untuk kaber malu sendiri.

8.) Selepas makan jangan cepat-cepat bangun terus nak balik. Anda harus stay down untuk beberapa minit. Ini bagi mengelakkan perut anda rosak akibat belum habis hadam dah nak jalan lagi. Tenangkan diri dulu. Yang paling penting sekali adalah, lepas makan jangan lupa nak bayar.

Comments
  1. oshe says:

    ok gak tu tip ni..sy boleh amal kan..tapi bab ayam terpelanting tu penah berlaku..nasib baik ayam tu dah hilang kaki..so xdapat nak cover malu la..=) hahahahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s