Pengembaraan ke Midvalley

Posted: June 23, 2010 in Umum

Midvalley Megamall

Setelah bosan berada di Mantin Negeri Sembilan aku telah mengatur rancangan untuk mengembara di luar tanah jajahan orang Minangkabau untuk melihat alam maya yang lebih indah dari yang disediakan di sini. Segala persiapan sudah dibuat seperti  mengenalpasti perbezaan antara komuter, monorel dan keretapi sebenar. Shit!! Dorang cakap train je sudah terbayang dikepala aku memang laa kat KTM tu semuanya train takkan ada bus express pulak bergerak atas landasan tu. Jadi aku sudah membuat kajian terperinci yang mana harus aku naiki supaya tidak tersesat pula sampai ke Melaka. Ayuh klik Read more untuk mengikuti sepanjang kisah pengembaraan aku ke Midvalley.

Hari itu hujan sedikit tidak mematahkan semangat aku untuk ekspedisi kali ini. Terlalu eksited aku sampai terlupa untuk tidur malam. Aku takut nak tidur sebab takut hilang pedoman tak reti nak bangun nanti. Perjalanan bermula pada pukul 8 pagi dengan menaiki teksi ke Batang Benar. Gila sesak nafas aku sepanjang berada dalam teksi tu yang berbau seperti kebun durian.

Sampai di Batang Benar terus aku beli tiket komuter ke Midvalley berharga RM4.50. Orang tak ramai pagi itu mungkin sebab hari biasa ramai berkerja. Hari hujan lagi mungkin ramai yang tidak reti solat Subuh berada dalam koma tak reti nak bangun pagi. Tunggu punya tunggu komuter pun sampai. Berdebar rasa hati ini nak naik menatang ni. Tak sangka aku benda besar macam ni boleh bergerak rupanya. Hahaha, jahil tak bertempat aku ni.

Semasa berada dalam gerabak tu semua orang pompuan tengok aku. Aku dah naik pelik dah kan terus buat tak tahu mesej dengan Tiramisu. Apa dorang ni tak pernah tengok lelaki hensem ke apa? Aku beranikan diri tanya akak sebelah aku yang gila stalkers tengok aku atas bawah dari tadi. “Err, akak ni…. Ni gerabak perempuan ea?”.. Akak tu jawab “Ye dik hanya untuk perempuan je. Tu ada lambang kat situ besar tak nampak ke?”. Aku kan rabun plus tak tidur malam so aku tengok lambang tu macam logo kepala singa je. Gila brader KTM yang duduk situ kenapa tak tegur aku dari awal. Mengaibkan aku je. Patutlah Wan Muncit cakap muka aku macam Go Min Nam sampai brader tu pun terlepas pandang ada lelaki sejati masih duduk kat gerabak wanita.

Sepanjang perjalanan aku memang jakun tak bertempat. Ye laa 1st time naik komuter katakan. Aku memang tak tahan jalan jauh sebab muka aku akan menunjukkan simptom-simptom nak muntah. Tingkap pun bukan boleh bukak kalau aku nak muntah pun. Jadi aku tak tangkap pic aku sepanjang perjalanan sebab serius muka aku memang nak muntah time tu. Sampai dekat Midvalley aku terus pergi toilet buang apa yang patut. Tiramisu suruh aku tunggu dia dekat sana sebab dia risau nanti banyak lagi perbuatan pelik aku lakukan dekat sana seperti melakukan aktiviti wall climbing di dinding Midvalley sebab tak tahu bagaimana hendak menggunakan escalator.

Sampai je Tiramisu kami memulakan aktiviti terjah. Oh tidak!! Ingat ada Tiramisu aku, bolehlah aku terlepas dari benda aib rupanya tidak. Nak keluar kena masukkan tiket komuter kat dalam mesin apa entah baru boleh keluar. Tiramisu aku masukkan tiket tu lepas tu tiket tu keluar balik. Aku masukkan tiket tu tak keluar langsung terus aku sepak mesin tu dengan mengatakan mesin tu dah rosak. Tiramisu cakap “Abang beli tiket satu hala memang laa dia tak keluar sayang oii. Dah jalan je tak der apa-apa laa.” Oh, lagi sekali kejahilan ketamadunan moden terserlah dimuka aku.

Apa aku boleh cakap adalah tak sia-sia pengembaraan aku hari ini. Cantik kot tempat ini gila romantik teknik pencahayaan dia. Besar nak mampos sampai 2 kali aku rasa kaki aku nak cramp sebab asyik berjalan je tak reti nak duduk diam-diam. Aktiviti dimulakan dengan sarapan di francais Yahudi halal iaitu McD. Aku makan bubur ayam McD tiramisu makan Sausage McFillet. Sumpah bubur tu tak sedap aku rasa macam muntah kucing je terus aku order makanan lain.

Then aku tempah tiket wayang cerita Karate Kid. Nak tunggu time movie tu aku pergilah main bowling dengan Tiramisu aku. Masa tu ada promotion 3 game RM10 je. Apa lagi terus dengan tidak segan silu aku berentap dengan Tiramisu yang memang ternyata budak baru nak belajar. Aktiviti membuli Tiramisu berhenti dengan sesi mengajar dia bermain bowling sebab tak bestlah buli kaum yang lemahkan. Hahahaha.

Lepas puas bermain bowling dan bermain kejar-kejar dekat lane bowling bersama Tiramisu aku, sedah tiba waktunya untuk pergi membuta dekat dalam panggung wayang menyaksikan cerita Karate Kid. Nasib baik cerita dia best aku tak dapat nak tidur. Sudahlah sejuk gila dalam tu lupa pulak aku nak bawak baju sejuk. Aku punya menghayati sampai aku sepak kerusi penonton depan aku. Lampi betul aku ni. Huh~

Then aktiviti biasa seperti lumba jalan kaki di Midvalley sebab tempat tu besar sangat nak teroka satu hari memang tak dapatlah. Lepak dekat kedai buku MPH tapi tak baca pun sebab atas alasan aku buta huruf. Pergi sentuh-sentuh barang jualan tapi tak beli (window shopping). Tengok orang lalu lalang (melepak). Duduk-duduk sambil tangkap gambar bersama Tiramisu sebab penat buat aktiviti di atas.

Lapar perut cari makan,

Jadi kami pergi membaham,

Tukang jual makanan orang Pakistan,

Bagi aku makan sampai tembam.

Nasi Kandar

Gila banyak orang Pakistan tu bagi aku makan. Tak terabis aku jadi minta bantuan Tiramisu untuk makan bersama. JAdi kami pun mempraktiskan “Makan Beradap” sebab ramai orang malu nak makan gelojoh iaitu Makan Biadap. Tapi sumpah memang banyak nasi tu dia tuang dah macam bukit dah. Aku suruh berenti dia tuang juga aku rasa dia ni baru turun kapal semalam tak paham bahasa melayu.

Sambil makan sambil menjalankan aktiviti mengumpat dengan orang tersayang. Hahaha, kelakar gila aku makan sepinggan dengan Tiramisu. Ah, tak apa laa lagi pun kan bagus makan sepinggan. Jimat jugakkan rezeki kongsi bersama. Steadylah makan bersuap ahaha. Practise make perfect so nanti majlis kahwin dah tak payah practise makan beradap lagi dah. Huhuh.

Hari pengembaraan ke Midvalley sangat menyeronokkan yang sukar untuk dilupakan. So, lepas ini kita kemana ye Tiramisu? Have fun with her in all my every day life. See all next entri. Daa~

Comments
  1. ntah la... says:

    semoga cintamu kekal nan abadi…cayOk la bro…

  2. SoulMagician says:

    Ini saja ke pengalaman yang dilalui di Mid-Valley dan sepanjang jalan sampai rumah??? rasanya tak kan XD

    *gelak jahat special*

    menunggu respon XD

    BWAHAHAHAHAHA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s