Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar..

Posted: June 22, 2010 in Umum

Ehsan Pakcik Google: Azrinaz Mazhar Hakim

Aku ada terdengar berita soh seh soh seh mengatakan Sultan Brunei menceraikan isteri beliau iaitu Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu. Tak tahu sangat apa kesnya kan tapi sampai segala pingat kebesaran ditarik balik mesti ada satu kes yang besar ni. Azrinaz Mazhar ni dulu personaliti TV3. Fuh, gila dasyat kerja kat TV3 sampai boleh kahwin dengan Sultan Brunei. Patutlah TV3 sentiasa bangga, riak lagi takbur dengan personaliti-personaliti keluaran syarikat mereka walaupun pada aku takdelaa best manapun. Tapi kenapakah Sultan Brunei menceraikan beliau ya? Aku ada terdengar bahawa Sultan Brunei ni seorang yang baik, pemaaf dan merupakan lelaki paling gentleman di Brunei (sumpah ini bukan statement bodek). Dengan tidak semena-mena aku pun memulakan aktiviti terjah secara tidak malu di tempat-tempat yg boleh memberikan informasi kenapa beliau diceraikan sebegitu rupa dan semestinya bukan TV3 kerana sudah pasti TV3 akan backup protoge keluaran mereka sendiri. Jom terjah dengan mengklik Read more. Zasssssss..

Fuh, gila hangat tengok forum yang diperbentangkan dibeberapa buah blog yang memang melatop mak aish. Tatkala orang lain yang tidak reti melihat berita hanya tahu melolong menyokong pasukan kegemaran mereka beraksi di Piala Dunia 2010, tidak kurang juga hebatnya pasukan dari Malaysia bertekak dengan pasukan dari Brunei. What the fish!!

Orang kita ramai sokong Azrinaz sebab biasalah orang Malaysiakan. Orang Brunei membuatkan aku rasa terharu melihat begitu mulianya mereka menyunjung hormat keputusan Sultan mereka. Ada yang sampai nak buat pesta liar secara halal dengan menogak minuman keras air Coca Cola meraikan keputusan ini. Pengumuman dibuat macam nak buat pengumuman raya. Perghh gila dasyat dorang ni. Eh? Aku nak sokong siapa ea. Ahahaha..

Tugas aku nak mencari apa kes dia diceraikan. So aku pun berjalan diruangan komen yang dah macam medan perang tu. Orang Brunei cakap Azrinaz ni selepas jadi isteri Sultan Brunei sombong nak arwah. Ada pembaca ni cakap dia pernah ditempik oleh beliau “Apa jeling-jeling!!” .. Mak aii gila ganas engkau ni. Ada empunya komen ni cakap dia ada butik nama apa tah aku lupa. Si Azrinaz ni datang butik dia tengok kain cakap kain dekat butik beliau ni tiada kualiti. “Biasalahkan orang kaya plus plus mana nak pandang kain harga murah. Tapi tak payahlah nak kondemkan kedai aku”.

So aku pun interview secara haram puak-puak dari Malaysia pula yang mengatakan bagus juga Azrinaz balik Malaysia dari duduk Brunei yang mana tahu kahwin cerai kahwin cerai je. Eh simple past tense je alasan pasukan Malaysia ni. Masalahnya sekarang pebenda kes yang sebenarnya berlaku ye? Takkan lah pasal kain je? Takkan lah pasal marah-marah je? Biasalah normal kaum perempuan akan marah-marah bila sampai trafik light merah.

Kita ikuti secara logik akal. Perkara ini berlaku di Brunei dan Azrinaz adalah isteri (actually bekas sekarang) Sultan Brunei. Jadi mengikut kronologi dan analoginya pastilah tuan rumah lebih mengetahui perkara yang terjadi. Sorry guyz, i’m Malaysia but for now aku terpaksa duduk dibangku pasukan Brunei. Tapi aku masih ada IC Malaysia kan. Jangan pula korang bersengketa dengan aku ya’ selepas ini.

Kes paling utama adalah Azrinaz ni tangan panjang. Bukan bermaksud dia ni terkena penyakit gila ungka, tapi bermaksud dia ni suka menjalankan aktiviti mencuri secara haram. Bukan sikit punya kecurian kot tapi menyongklap harta diRaja Brunei. Fuh, sudah kaya lagi mahu kayakah? Kes kedua adalah skandal. Tapi yang kedua tu aku masih samar-samar dan tidak berani nak terjah banyak sangat takut nanti aku pula yang kena terjah.

Sultan Brunei juga manusia biasa. Dia adalah seorang suami dan sebagai seorang isteri wajib menjaga kemuliaan dan maruah suaminya. Sultan itu melambangkan maruah sesebuah negara yang berdaulat. Seharusnya beliau (Azrinaz) harus sedar kedudukannya sebelum ini adalah isteri kepada seorang Sultan pemerintah sebuah negara berdaulat.

Aku rasa kalau dia ni jenis yang pandai turun padang bersenda gurau, melakukan aktiviti anyam ketupat ke, main konda kondi ke, dan tak lupa juga manjalankan aktiviti tumpang sekaki mengumpat secara halal dengan rakyat Brunei pasti rakyat Brunei merestui dan sentiasa mendoakan kebahagiaan diakan kan kan. Kalau ada apa-apa kes pun pasti rakyat Brunei minta diselidiki terlebih dahulu kerana sayang dekat dia. Tapi aku tengok rakyat Brunei keseluruhannya seperti bergembira menyambut berita ini. Nampak sangat engkau ni tidak diterima di sana!!

Tapi aku tak pikir sangat pasal Azrinaz ni atau Sultan Brunei. The 1st impression that come out from my mind after that news is “apa nasib anak-anak mereka ea?”. Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata. Anak itu tetap berdarah kaum kerabat diraja jugakan? Anak itu tetap anak Sultan Brunei dan Sultan Brunei adalah ayahanda kepada mereka. Anak itu tidak tahu apa-apa. So please guyz from Brunei. Jangan pula suatu hari nanti anak yang tidak bersalah ini menerima hukuman sama seperti nasib apa yang diterima oleh ibu mereka.

P/s: Sorry sebab aku memang tidak pandai berbahasa normal menggunakan ayat formal untuk penulisan melibatkan kaum kerabat diraja. Segala silap haraf dimaafkan. Aku hanya meluahkan ideologi aku sendiri. Hidup manusia hina tidak lepas dari kesalahan dan dosa. Muhasabah diri dan dekati kepadaNya. Amin~

Comments
  1. kenanga putih says:

    heeeehe….lawak betol ler cara awak bercerita….yela…manusia ni kadang2 terlupa.tak ada manusia yg perfect…bumi mana yg tidak ditimpa hujan.kita doakan moga azrinaz mendpt hidayah if the story is true lerr….n kita doakan juga moga sultan brunei mendpt pengganti yg solehah….baginda deserve perempuan yg baik utk lahirkan keturunan yg baik…lg pon sultan brunei ni byk sedekah…no wonder rakyat brunei syg sultan mereka….

  2. jane says:

    Anak-anak mereka tu jangan lah kau risau.. bukannya anak mereka yang bersalah.. so, terlpas lah tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s