Kejadian Pelik Sem Ini..

Posted: June 19, 2010 in Umum

Setelah puas beberapa bulan melakukan aktiviti ponteng kelas dan mengumpat lecturer-lecturer bertugas semasa beliau sedang mengajar di hadapan dan kini tibalah waktunya untuk hari pembalasan. Dimana hari inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh para lecturer untuk membuli para studentnya dengan racist tanpa belas kasihan. Apa lagi kalau tidak exam weeks. Pelajar yang sentiasa hadir ke kelas dan mendengar syarahan para lecturer dengan penuh bernafsu pasti menunggu saat ini untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai pelajar nerd no.1 . Aku pula bagaimana? Ah malaslah aku nak cerita pasal exam je. Mari kita feedback untuk mengetahui kejadian-kejadian pelik berlaku sepanjang sem ini sehingga exam berlangsung. Jeng jeng jeng. Klik Read more kat sinun.

1)  Lecturer yang sepatutnya mengajar subject E-Commerce tak sempat diimport oleh pihak pengurusan kolej kerana sibuk mengira duit penipuan dan judi haram. So, sebagai langkah initiatif  yang paling berkesan digantikan dengan lecturer programmer buat sementara waktu untuk 2 BULAN SAHAJA… So, aktiviti kami di kelas E-Commerce setiap hari adalah aktiviti suai kenal bersama lecturer ganti sementara sepanjang tempoh 2 bulan.

2) Database adalah subjek paling jahil sekali untuk aku sebab memang aku mengaku aku lampi nak mampus dalam subjek ini. Mana tidaknya, lecturer mengajar menggunakan Microsoft Access 2001-2003. Kami para-para student yang mengikuti aliran kemodenan yang dikecapi dengan riaknya menggunakan Microsoft Access 2007. Sumpah memang tak sama dengan yang tamadun lama punya. Bila tanya lecturer macam mana beliau pun turut join pening kepala  bersama student dan berakhir dengan “student online Facebook lecturer baca newspaper“.

3) Anugerah kelas paling ramai kedatangan pelajar jatuh pada kelas Database kerana berjaya mengamalkan konsep 1 Malaysia dan 1 Ringgit untuk sehari tidak ke kelas beliau. Aku tahu korang hebat matematik jadi kiralah sendiri berapa banyak korang ponteng kelas dan darab dengan RM1.

4) Aku memang dilahirkan untuk menjadi seorang hensem semulajadi. Tapi kehenseman aku tidak dapat membantu untuk aku mendapatkan markah penuh sewaktu presentation Developing A Web Site. Ini kerana pakaian aku tidak formal. Sewaktu pembentangan aku mengenakan pakaian t-shirt yang ada gambar perempuan berjoget ronggeng, seluar jeans sendat hitam digayakan dengan kasut Converse 4 tahun aku yang still steady tu. Oh ye pakai cap lagi dikepala. Rock the world!! Hahaha.

5) Pihak kolej bergurau manja dengan para student dengan tidak melepaskan docket peperiksaan mereka. Cerita ini korang boleh rujuk dekat cerita Kolej Neraka atau Orangnya.

6) Aku jatuh sakit (demam) paling power sekali dalam tempoh aku belajar dekat sini. Baring atas tilam aku rasa macam baring atas batu je. Gila sakit badan aku semua. Seminggu lebih aku struggle nak sembuh. Apa yang peliknya kan? Semua orang sakit. Haa, the pelik part is, masa aku pergi klinik dalam kolej nurse tua yang bertugas bagi aku 2 biji paracetomol saja kerana dia kata panadol kat dalam klinik tu semua sudah habis.

7) Belajar dan bercinta itu perkara biasa. Putus cinta dapat Tiramisu itu perkara luar biasa. Aktiviti tangok para sahabat putus cinta dan ada yang dapat cinta baru macam Khai yang sudah melangsungkan perkahwinan dengan Tito dekat status relationship Facebook. Sem ni memang gila-gila sikit dalam arena Facebook. Hahaha!! Cilakak punya Wan buncit cakap rambut aku macam Go Min Nam dekat status Facebook dia. Gila barbie Korea kau ni mengaibkan aku je. Hahaha.

8.) Permulaan exam weeks aku ada exam untuk dua subjek dalam satu hari. Programmer pada pukul 8.30 pagi dan E-Commerce pada pukul 2.30 petang. Aku boleh buat buat lawak sarkis dengan membaca E-Commerce dulu baru Programmer (bukan bermaksud aku tak baca lansung subjek Programmer okeyh). Padahal dalam jadual exam Programmer dulu baru E-Commerce. Pagi tu masa aku bangun nak pergi exam baru aku sadar dan berkesudahan dengan sesi menghafal sepanjang jalan ke dewan. What the hole!!

9) Exam Database lecturer tak bagi klu apa yang harus distudykan semasa exam nanti. Minta klu chapter apa yang harus distudy tak dapat inikan pula nak bertanya soalan apa yang keluar lagilah tak dapat. Aku bersengkang mata mengatamkan 60 juzuk tebalnya buku Database tu tau. Akhirnya paper yang keluar untuk final exam sejibik eh sebijik sama macam dia bagi time kita buat kuiz dalam kelas. Lawak apakah ini?

10) Last paper untuk sem ini pada hari Isnin nanti. Exam Developing A Web Site. Aku tak tahu apa kesudahannya untuk sem ini. Lets rock our world. Eh, macam tak kena je anologi aku ni. Oh ya, Developing A Web Site kan. Kan, kan, kan!! Hahahaha..

P/s: Untuk semua rakan-rakan wish you all the best for this exam. We can do it.

Comments
  1. oshe says:

    thumbs up!!!! hehehehe..gud luck k =)

  2. Sad says:

    mr chen wat lawak cekodok basi!!! ahahaa. sama la ngn paper exam aku.bongok3 pemalas lipas nk mmpus. iya 44 kali mengkhatam soklan kuiz akhirnya menjadi habuan beliau ketika menjawab exam tersebut.aku je terkial2 sbb xamek pun test mr chen…malas!!..sbb komfem2 sem depan repeat! kakaka

    • efyery84 says:

      sad: wooo!! rugi arr ko an.. hahaha :D Aq pon still ingt ag sikit2xx jawapannyew sbb aq xberapa yakin yg soklan tu nak kuar for the first tyme.. rupa2xx nyew….
      ahahahahahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s