Kejutan dihari Selasa!!

Posted: June 9, 2010 in Umum

Semalam Zaki dan Jidee ajak aku pergi main bowling dekat Seremban Parade sebab tiada kelas pada hari tu. Nampak sangat mereka sudah bersedia untuk menggalas cabaran Bowling Tournament yang akan dianjurkan oleh kolej pada 12hb ni. Bowling dekat Seremban Parade ada pakej menarik pada waktu pagi tau. Satu game cuma RM2 je (dari pukul 8am sampai pukul 2pm) so makin bertambah ramailah makhluk-makhluk tidak reti untuk bersembahyang subuh membuat onar di sana. Pakej ni hanya termaktub pada hari biasa je kalau cuti umum ikut harga firaun RM5.50 per-game. Satu pakej yang menarik untuk orang yang suka ponteng sekolah dan ponteng kerja. Aku pergi dengan mereka tepat pukul 9.30 pagi dengan menaiki bus dan sampai di sana pada pukul 10.30 pagi. Then si Ariff dan member dia Syafiq pun datang dekat sana juga untuk berfoya-foya selepas puas merempit di waktu pagi dengan motor pinjam. Main sampai 5 game tak hingat dunia. Harap korang jadi juaralah lepas ni ya’. Ada lagi kejutan yang berlaku jadi sila klik Read more untuk sama-sama menerima kejutan itu.

Aku dan Dia

Tidak sangka Tiramisu aku juga turut sama turun padang untuk melihat aku bermain bowling. Terkesima aku sebentar dan terus menghilangkan diri dari tempat bowling untuk makan-makan bersama my Tiramisu. Serius weyh aku lapar sebab jalan dengan Zaki dan Jidee dorang tak pandai nak kasik aku makan. Perut aku mana boleh menampung hanya dua keping sandwich sardin je. Tank perut aku kan besar.

Jadi kerana kebulur yang melampau diwaktu pagi aku pun makan-makan dengan Tiramisu dekat fracais Yahudi yang halal iaitu McD. Makan sampai perut aku penuh sambil menerima sms dari Zaki “Bro ko kat mana? Nak main ke tak ni?“.. Aku balaslah suruh dorang jalankan untuk aku, korang kena berterima kasih untuk aku sebab bagi korang latihan free. Lepas ni kalau korang tak merangkul gelaran juara tak tahulah aku nak komen apa. Hahaha. 2 game korang bantai aku punya ya’. Lantaklah asal aku dapat makan dengan Tiramisu. Hehehe.

Semalam sangat seronok sampai aku tak tahu jalan pulang ke kolej. Berjalan sakan aku semalam bersama orang tersayang. Tak sangka dia sanggup datang jauh-jauh nak jumpa aku. Sungguh terharu sangat-sangat. Aku rasa inilah kejutan paling besar dalam hidup aku yang pernah aku terima. Selepas ini giliran aku ke sana pula. Yelah kalau dalam perlawanan bolasepak mesti ada Home and Away kan. Jadi sekarang Home selapas ini aku Away. Okeyh, aku dah mula merapu sebab terlalu happy.

Korang nampak tak muka aku yang sangat bahagia tu. Nampak tak? Hahahaha. Thanxz for Zaki ngan Jidee sebab sudi ajak aku pergi Seremban training bowling walaupun lepas tu aku missing in action kat tempat kejadian. This is becouse I love my Tiramisu more then I love bowling. :)

Comments
  1. mira says:

    sweet dowl~!nak2 ko romantik an..hehehe:) hope korg smpi ble2..t next time kite kua sme2 ye..hehe;)

  2. farass says:

    wah… hehhehe.. kem salam kat cik tiramisu k.. ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s