Kata abah..

Posted: June 6, 2010 in Umum

Selepas membuat entri bertajuk “Kata Emak..” mestilah membuat entri “Kata Abah..” pula barulah boleh diisytiharkan seorang anak yang adil soleh lagi solehah. Seperti biasa juga selalunya orang akan membuat entri pasal bapa mereka hanya pada hari-hari tertentu seperti Hari Bapa se-dunia selain dari Hari Buruh. Pada aku tiap-tiap hari adalah hari bapa walaupun orang tua-tua kata kasih ayah di depan mata. Eh, ye ke? Aku rasa betul kot sebab bapa ni kalau nampak anak dia buat salah memang dia marah habis lepas tu dia akan silent mode untuk beberapa minggu tapi lepas tu tanya pada ibu perkembangan kita tiap-tiap hari secara senyap-senyap. Lepas dia dah okeyh baru dia mesra alam dengan kita balik. Sila kilk Read more untuk mengenali President of The House iaitu my abah dan apa kata beliau.

Othman Bin Hamid bersama isteri tercinta

1) Abah bukanlah seorang penyokong parti pembangkang dan juga tidak bermaksud beliau menyokong parti kerajaan. Abah adalah penyokong parti ekonomi rumah tangga. Hahaha. Ini kerana abah tidak pernah pergi mengundi pun dan abah kata hari mengundi adalah hari cuti untuk dia berehat. Abah kata parti-parti ni semua tak boleh menolong kita yang boleh menolong kita adalah kerja kita dan duit kita.

2) Abah dengan aku tinggi aku lagi. Abah kata dia pendek sebab masa kecik-kecik dulu dia kerja berat. Balik sekolah angkat guni beras, angkat berbaldi-baldi getah sekerap, angkat berbaldi-baldi air menapak sejauh 2 kilometer baru sampai rumah, angkat itu angkat ini. Alasan boleh diterima pakai. Serius weyh aku boleh terima alasan ni sebab dulu pun Tun Dr Mahathir pernah cakap pelajar-pelajar Malaysia semua pendek-pendek sebab bawak beg banyak buku teks berat-berat tumbesaran terbantut.

3) Aku pernah minta kereta dekat abah aku dan dia kata “banyaklah hensem muka kau anak Dato’ ke apa“. Abah kata kalau nak hidup mewah kena kerja keras. Kesenangan bukan datang bergolek. Bila dah hidup mewah jangan pula berlagak tunjuk kemewahan kerana orang kaya yang cerdik tidak akan menunjukkan kemewahan selalu orang miskin je yang lebih-lebih.

4) Abah kata manusia yang paling dia tidak suka adalah lelaki yang tidak gentleman. Cakap sikit punya besar macam tin kosong tapi habuk pun tiada macam tin kosong. Kira macam kolej akulah, cakap besar  macam saiz kolejnya juga tapi habuk pun tiada yang ada banyak budak toyol kepala botok kulit kaler hitam.

5) Abah kata, dia dan perintis sebelum dia semua adalah bekas tentera tapi selepas abah berhenti tentera dia telah  melafazkan sumpah berbunyi begini “selepas ini tiada lagi generasi selepas saya yang akan menyarung uniform angkatan tentera Malaysia“. Ini kerana abah kata dulu CO dan pegawai-pegawai dia berhati iblis suka dengki dekat dia. Anyway mak aku pun seorang bekas tentera juga tau. Percaya atau tidak eh percayalah. Haha.

6) Abah kata garang-garang dia, dia tidak akan pukul anak dia sebab kalau dia pukul dia akan demam selama seminggu. Selalu yang tukang menjinakkan kenakalan aku sewaktu kecil adalah emak. Terasa sebatan getah paip dia sampai sekarang.Sakit wooO!!

7) Abah aku ada sikit lokek kalau nak belanja aku ke jalan yang membazir. Kalau jalan-jalan cari makan dia okeyh je. Dia kata bukan senang cari duit. Nak hidup bagus belajar rajin-rajin nanti dapat kerja bagus kau nak beli shopping mall pun boleh. Eh, ini menyindir ke apa ni? Tapi betul jugakan. Abah melatih aku dalam sindiran membezakan mana keperluan dan mana kemahuan.

8.) Aku kalau jalan berdua dengan abah umpama adik beradik dah. Ini kerana aku kalau bercakap dengan dia main selamba mesra habis punya dan tidak ikut prosedur anak dengan ayah lagi dah. Selalu abah akan bawa lari aku secara senyap-senyap untuk beli pakaian lelaki sejati tapi akhirnya kantoi dengan emak dan aku tetap akan didandankan oleh emak aku. Abah kata perempuan yang paling dia takut adalah mak jadi aku kena menerima takdir ini. (-_”)

9) Abah kata dia tidak mahir matematik kalau guna kalkulator pun dia tidak pandai inikan pula menghantar pesanan ringkas melalui telifon bimbit. Tapi ini bukan bermaksud dia mudah ditipu oleh perniaga tidak jujur kerana semasa berkhidmat di dalam tentera ujian test IQ abah mencecah tahap 152. Pelik tapi nyata.

10) Abah kata dia bukan ayah yang sempurna untuk anak-anaknya tapi selagi dia bertenaga walaupun dia hanya mampu menggerakkan anak mata sekali pun dia akan tetap akan terus mencuba untuk menjadi ayah yang terbaik untuk kami.

Korang boleh teka aku banyak ikut muka mak ke muka abah aku. Aku rasa dua-dua sekali aku ikut. Walaupun mak cakap ideologi aku dan abah selalu bercanggah tapi seriously aku bawa ideologi abah keluar semasa hidup merantau. Abah selalu cakap jangan hidup dalam dunia pura-pura. Aku sangat sayangkan abah sama seperti aku sayangkan mak. Mereka berdua telah berjaya mendidik aku dengan sempurna gaya mereka tersendiri. Banyak lagi kisah menarik pengembaraan aku membesar menjadi seorang anak abah. Apa? Okeyh aku anak abah tapi selalu didandan oleh emak aku. So what the problem about that. Hahahaha. See you guyz next time. Calloo Inspektor Sahhab hoga hoga. Salam~

***************************************

Kata emak..

Comments
  1. oshe says:

    syabas!!!! ank abah…=D

  2. farass says:

    hehhehe.. love my abah.. poreber3… hehhehe…. nice story.. tite suke bace ;) thumbs up :D

  3. Intan maizura mudzafar says:

    sayang abah sangat….nama abah tak akan ku lupakan….sampai bila-bila…… SAYANG ABAH…SAYANG EMAK….. MUUUAAAHHHHH!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s