Zionis: Kita sokong atau benci?

Posted: June 5, 2010 in Umum

Aku dah lama perhatikan benda ni tapi sekarang aku terpaksalah mendedahkan apa yang aku lihat selama ini. Sebelum tu aku nak ucapkan ribuan kemaafan kalau ada yang tersinggung dengan entri aku kali ini yang aku rasa memang kontroversi sangat-sangat. Tapi nak buat macam mana, aku hanya insan biasa yang mahu meluahkan pendapat saja.

Sekarang dah jadi trademark rakan-rakan FB aku yang kebanyakkannya member kolej menggunakan black picture profile. Aku pun kadang-kadang konfius siapa dia ni takut stalkers bersiri aku ke apakan. Ada juga yang tag aku kat gambar black picture supaya aku menggunakannya untuk menunjukkan rasa bantahan terhadap serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas kapal membawa bantuan kemanusian Palestin. Untuk makluman semua berita ini membuatkan aku berasa sedih bercampur marah lebih-lebih lagi dengar ada warga Malaysia di dalamnya. Tapi still marah pun aku tak pakai black picture yang korang kasi kat aku. Mengapa? Ayuh klik Read more untuk kita mengetahui adakah kita membenci atau menyokong rejim Zionis.

Adolf Hitler WWII

Gambar di atas tiada kene mengena langsung dengan Pak Adolf lecturer yang bertanggungjawab menjadikan aku pelajar pintar Math di kolej Legenda. Adolf Hitler adalah orang yang bertanggungjawab mengarahkan askar Nazi membunuh orang Yahudi (lelaki, perempuan dan kanak-kanak) berjumlah kira-kira 5,820,960 orang. Agak kejam bukan di situ. Sebelum dia ditangkap dan dibunuh dia sempat memberi pesanan terakhir yang berupa sumpahan di dunia ini berbunyi seperti ini:

“Ich konnte all die Juden in dieser Welt zu zerstören, aber ich lasse ein wenig drehte-on,so können Sie herausfinden, warum ich sie getötet” (Aku boleh memusnahkan semua bangsa Yahudi di dunia ini, tetapi aku sisakan sedikit yang hidup, agar kamu nantinya dapat mengetahui mengapa aku membunuh mereka). Maklumat lanjut sila klik sini >>KLIK<<

Gambar di atas ini menunjukkan anak-anak rejim Zionis yang sedang bergembira  menurunkan tandatangan ke atas peluru berpandu yang akan membedil bumi Palestin. Sedangkan anak-anak yang kecil juga sudah seronok melakukan perkara sebegini bagaimana kalau mereka sudah besar nanti. Pastilah setan bertanduk kejahatan mereka membuli rakyat Palestin yang lemah.

Mereka sering memberi alasan Palestin itu ramai aktivis pengganas. Tapi sampai kini kita melihat tiada pengganas yang nyata di bumi Palestin yang sering diwar-warkan oleh mereka.

Okeyh ni lagi satu alasan bodoh melampau yang diberikan oleh orang Israel. Adakah dia kata bantuan gula di dalam kapal kemanusiaan Palestin adalah bahan yang boleh membuat roket. Dorang pon ada cakap kapal itu ada membawa senjata untuk kegunaan militan Islam di bumi Palestin. Tapi yang aku tengok di kaca telivisyen yang nampak batang kayu dengan lastik je. Dorang kata lagi dalam kapal tu semuanya ganas tapi yang ramai mati dalam serangan itu semuanya sukarelawan di dalam kapal itu bukan rejim Zionis. Siapa yang ganas sebenarnya? Tak macam fak arr pulakkan..

***************************************

Kita tinggalkan mereka dahulu. Sekarang kita menilai diri kita sendiri. Benarkah kita tidak menyokong rejim Zionis? Benarkah negara kita tidak menyokong rejim Zionis?  Anda pasti? Jom kita sama-sama melihat (aku pun akan sama-sama bermuhasabah diri melihat jawapan yang tak pasti ni)….

***************************************

Okeyh aku tidak berapa pasti gambar ini adalah Bank Islam Malaysia atau bukan tapi lambang jata haram Zionis itu menyamai lambang bank ini. Disaat-saat kita membanggakan Islam dalam kewangan disaat itulah fahaman Zionis mula menular tanpa kita sedari. Adakah perkara ini secara tidak disengajakan. Anda tentukan sendiri.

Siapa makan McD semalam angkat tangan. Aku makan Sabtu lepas aku mengaku. Ini sebahagian kecil produk negara Zionis yang dijual di dalam negara kita negara Malaysia. Dulu aku ada terdengar pemimpin negara kita mengarahkan kita untuk memboikot produk ini dan membeli hasil tempatan tapi diorang tak boikot pon nak harapkan rakyat je yang memang ternyata sangat lemah nafsu serakahnya dengan godaan McD, KFC dan eh? ada NOKIA lah di situ. Baru aku perasan. Kita beli seketul ayam McD atau KFC umpama kita memberi sebutir peluru kepada askar rejim Zionis. Statement ini bukan aku yang buat tapi aku ada terbaca di dalam laman web Islam yang aku sendiri lupa namanya. Sumpah aku lupa nak save link untuk statement tu.

***************************************

Kalau korang membaca dengan tekun entri ini pasti korang perasan aku menggunakan perkataan Zionis dari perkataan Israel. Kenapa? Adakah perkataan Zionis lagi sedap bunyinya. Ahh Zionis ke Israel ke setan tetap setan!!! Tapi mengapa aku menggunakan perkataan Zionis. Korang tahu tidak sekali kita menyebut perkataan Israel di laman-laman social network seperti Facebook, kita sedang diawasi sebenarnya. Kalau korang sedang marah sebut barbie Israel, haramjadah Israel jangan risau anda telahpun diawasi oleh mereka. Ini kerana yang mencipta Facebook adalah dia ni:

Mark Zuckerberg seorang remaja berdarah Yahudi. Mari kita sama-sama ucapkan tahniah kepada beliau sebab berjaya mencipta laman social network yang menguntungkan untuk kita dan menyeksakan untuk rakyat Palestin. What the what!! Betulkan apa aku cakap ni. Tak percaya ke Facebook menguntungkan kita. Kalau tidak tak kan ada perniagaan “Login Facebook dapat duit” betul tak?

Mrs Rachel Lau lecturer e-commerce aku pernah tanya dekat aku bagaimana Facebook dapat duit untuk mengekalkan operasi mereka. Aku jawab sebab advertisement yang ada didalamnya dan dia mendapat komisyen kerana advertisement mempergunakan sistem Facebook. Korang ada idea ke untuk jawapan ini? Bapak aku cakap tiada benda yang percuma dekat dunia ni. So, takkan login Facebook je senang dapat duit. Pasti ada konspirasi tersendiri bukan?

***************************************

Let’s get serious now!! Kalau kita kutuk depa pon dorang nampak bukan dorang paham pon kan kan kan… Jawapannya adalah SALAH!!!!! Ini part terakhir untuk kajian aku. Internet adalah dunia tanpa batasan. Tidak kira korang tulis perkataan sanskrit kuno sekali pun pasti dapat ditrans-lit dengan mudah. Aku pun kadang-kadang baca blog dari Belanda, German, Rusia main selamba badak je. Tiada masalah pun. Hahahaha. Korang mesti ingat aku gebang (cakap bohong) lebih kan.

Google ada menyediakan khidmat menukar bahasa kepada bahasa yang lain. Kalau aku baca blog dalam tulisan Korea Selatan aku cuma perlu klik dan tukarkan je pada bahasa Malay. Dapatlah aku mengetahui aktiviti kegemaran penyanyi-penyanyi Wonder Girl di dalam tandas. Hahahaha sori, ok aku serius balik.

Aurora Mokhtar adalah sahabat aku okeyh dan aku amat sayangkan sahabat-sahabat aku. Korang tengok page tu tiada “Mutual Friend” bukan; tapi dia masuk secara automatik di dalam page jahanam ini. Ini kerana dia menyebut perkataan Israel yang akan dipergunakan sebagai data untuk diawasi oleh rejim Zionis akan pergerakan orang Islam. Kerana itu kalau korang tengok perkataan Israel itu di ‘hi-lite’ kan. Bukan dia seorang je yang termasuk dalam kategori sedang diawasi tapi ramai lagi termasuk Sadrina (Ratu Pandora) yang baru-baru ni lancang memaki hamun rejim Zionis di wall FB beliau.

Mungkin sudah tiba masanya kita menukar ke MillatFacebook.com yang dibangunkan oleh orang Islam (Pakistan). Aku cuma memberi pandangan, meluahkan rasa, menunjukkan apa yang aku nampak. Kalau ada salah dan silap aku susun sepuluh jari memohon maaf. Bukan ingin memalukan sesiapa cuma tersedar sedikit dari lamunan duniawi. Allahuakbar!!!!

Kajian selama seminggu dari Ery Is Me……….

Comments
  1. oshe says:

    emmmmmm..*sedang berfikir*….=|

  2. Sad says:

    bro… aku dengar milat pun sbnarnya under kafir… tapi kes ni tak tahu betul..de org detect 1st ip milatfb from us! konferm2 la kafir..tpi tu pun xthu nk percaya ke x.kita skrg kena berfikir yg diorg mcm2 boleh bt untuk m,mperdayakan kita.. milatfb dripda pkstan untuk kaum muslim.erm.. klu kita fikir secara rambang , kaum kafir boleh buat apa saja untuk mecapai kepntingan dan misi diorg…lagi2 untung kpda diorg berjuta2 sehari… dah untung dengn fb,diorg tmbah milatfb pulak..aku pun tgh kaji skrg milatfb ada yg baik ada yg xbaik.. yg aku pasti milatfb ipnya dari us…… aku pun da try check…. konfem.. ahaha.. xthu la kot aku pun diperdaya oleh dunia internet yg bt aku jadi benak seketika…. hahaa.. google pun sapa yg hendle jugak klu bukan diorg…fakta boleh diputar sesuka hati bila2 masa saja…..aku dah bt AKUAN milat sampai skrg xapprove2 lagi…apa kehei nya….siap aku bt under email bru lagi… mcm2 lah… mana perginya pakar2 it di malaysia…yg boleh mencipta satu laman sosial untuk kita.. knpa nk menumpang2 pulak dengn laman sosial yg lain… org malaysia xnk kaya ke. asyik sedekah tanpa niat je kat diorg……. so skrg berfikir sejenak.dan renungkan bersama… xrugi kita search dulu mana yg patut untuk lebih mendalam tentang sesuatu perkara.. maaf kalau ada silap dan salah… hehe

    • efyery84 says:

      sad: owh ye kew.. thanxz 4 the information.. malaysia pun ada jugak social network mereka sendiri juz xpopular je mcm youkawan.com, sekampung.com, malaysiaku.ning.com dll..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s