Terjah: Entri Hot..

Posted: June 4, 2010 in Umum

Sedang seronok  berjalan-jalan melintasi kawasan blog my BFF tiba-tiba aku berhenti dan termanggu disatu blog yang mengandungi kandungan isu yang  panas.  Blog Cik Faras yang memang malatop mak aihh ni. Dia membuat entri meminta pendapat tapi content entrinya memang membuatkan aku teringat kejadian hitam yang menghantui diri aku sehingga sekarang dan tidak semena-mena aku menjadi panas semula. Tapi bukan aku panas dekat Cik Faras kerana beliau merupakan seorang sahabat yang baik dan sering mengepau aku meminta aku untuk membelanjer beliau burger di kedai belakang walaupun sampai sekarang aku still buat bodo je dengan pelawaan beliau. Hahaha. Malas nak cakap banyak so sila klik Read more untuk terjah keruangan panas kali ini.

Terkezut aku seketika sehingga hampir menitiskan air ketumbahan mak awwww. Tak sangka ada juga kaum hawa yang bersimpati atas isu Queen Control ni ya’. Thanxz Cik Faras kerana memahami kami kaum Adam yang penyabar dan hampir pupus ini (lelaki makin sikit dari wanita). Betullah kata orang tua-tua, kalau lalaki penyabar wanita pulak pijak kepala tapi kalau lelaki garang wanita pulak kena pijak. So, bagaimana kita nak cari dimana kita sama-sama serasi dan mendapat keadilan yang sewajarnya dalam mengecapi kebahagiaan.

Korang nak jadi macam ni ke? Hahahaha

Aku ada membaca satu quotation yang indah dari penulis yang tidak dikenali menulis ayat sebegini “Someday someone might come into your life and love you the way you’ve always wanted. If your someday was yesterday, LEARN. If your someday was tomorrow, HOPE. If your someday is today, CHERISH…” Kalau anda memang bersekolah pondok dan tidak memahami bahasa Jahiliah ini aku straight to the point je la ya’. Tak usah buang masa anda bersama dengan wanita yang menyeksakan jiwa dan batin anda. Kaum hawa pun kalau sama menghadapi masalah sebegini yang sering ditindas ayuh cepat-cepat letak jawatan anda sebagai “In a relationship” kepada “Single” atau “Single is better couple is trouble”.

Ramai lagi insan yang sesuai dengan anda sedang menunggu cinta anda dari dikorbankan untuk keturunan singa. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Okeyh cakap banyak tak guna, bak kata Nabil RL “Lu Pikirlah Sendiri”.

****************

P/s: Thanxz sayang sebab sentiasa sabar menunggu for over 1 years for this love. Maaf sebab sebelum ni I banyak buat keputusan bodoh memilih insan yang tidak sepatutnya. Great to have U in my life :)

Comments
  1. farass says:

    salam…. wah. saya menjadi populer hari ini…. wink3… terharu T_T

    entry saya ini hanya lah pendapat saya… yg hanya menjadi pemerhati drama disekaliling.. bagi faras.. kita x perlu nak menyindir memerli mengherdik bahkan memaki… insan yg kita S A Y A N G… diumum…

    kalau betul kita sayang dia… bg fara kalau mahu menegur sekali pun… elok jumpe berdua.. or paling mudah just tegur la masa dok gayut2 (^_^)~ kita cakap.. apa yang kita tak puas hati.. apa yang kita x nak pada die.. apa yg kita suka pada dia… ap yg elok untuk dia .. atau tegur cara die menegur kawan(utk yg kuat jeles :P ) lepas itu… untuk dia terima atau tidak apa yg kita dah tegur itu.. terpulang pada dia kerana kita sudah menjalankan tanggung jawab kita

    bagi pihak yg satu lagi… simangsa yang dok telan jew ap yang bf or gf die buat kat die… farass nak tanya korang sesuatu… memang la korang sayang gile kat pasangan korang tu.. tapi adakah korang nak die yang menjadi ibu/ayah anak2 korang tu nanti? korang sediakah?dan lagi satu… kalau die boley marah2 kita sebelom kawin.. x mustahil.. die boley buat 2 3 kali ganda L E B I H’ selepas kahwin…. anda sanggup???

    p/s: farass pown pk juga… keh3…
    p/s: ayat cam nak bg ceramah.. mintak maap.. terbebel2 panjang pulak.. hehehhe…

  2. efyery84 says:

    Faras: mangai sekali komen karangan 3 mukasurat.. hahaha.. anyway thanxz sbb sudi menghalalkan idea kamu untuk saya.. :)

  3. oshe says:

    salam..best gak entri ni..cam ner plak klu sebelum kahwin nampak semuanya baik belaka..tapi bila dah kahwin ?? harap maaf la..peragai panas baran semuanya ada..tu lain plak ceritannya..heheheh =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s