Kata emak..

Posted: June 3, 2010 in Umum

Selalu orang akan membuat entri pasal emak mereka pada Hari Ibu saja. Mungkin ramai yang berfikir bahawa aku sudah terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan terlupa untuk membuat entri ini pada hari tersebut. Pada aku setiap hari adalah hari ibu kerana kasih sayang ibu sampai ke syurga. Hey!! Hari Ibu aku tak pernah miss untuk menelifon emak aku and wish for her okeyh walau pun tarikh sebenar Hari Ibu aku tak pernah geti nak ingat. Hahaha. Firstly aku nak ucapkan pada mak “ALONG SAYANG MAK SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT DAN AMAT BERTERIMA KASIH KERANA EMAK BERJAYA MENDIDIK ALONG  MENJADI SEORANG INSAN BERGELAR ANAK“. Dulu masa aku kecil mak selalu memberi pesan atau kata-kata indah walaupun agak melucukan buat aku sehingga sekarang. That’s true kerana mak adalah insan yang paling memahami aku. Jom klik Read more untuk mengetahui kata emak terhadap aku.

Hasnah Bte Ali (My Guardian Angel)

1)  Mak kata aku masa baby amat mudah nak jaga. Bagi je susu letak dalam buaian terus lelap. Tapi aku akan bising kalau susu dah habis. Yang peliknya aku masa baby boleh bagi amaran kalau susu tu dah habis. Aku akan baling botol susu keluar dari buaian. So mak sila buat cepat sebelum aku nangis. Aku dan botol susu memang tidak boleh dipisahkan. Sampai aku bersekolah tadika pun masih menyonyot botol susu tu sehinggalah mak aku mengambil intisiatif sendiri memisahkan aku dari kekasih aku yang pertama menggunakan parang. Tamatlah riwayat botol susu aku.

2) Mak kata aku tak suka melawat tempat-tempat di mana ada doktor dan jururawat di dalamnya. Tempat sebegini membuatkan aku tak senang duduk. Ini kerana aku ada fobia pada jarum suntikan. Tulis jarum suntikan je tangan aku dah mula kebas-kebas. Alasan ini sering mak gunakan kalau beliau nak keluar berdating berduan-duaan dengan abah. “Mak along nak itot“, mak pulak balas “mak dengan abah nak pergi sepital ni“. Akhir cerita aku akan duduk di sofa sambil menonton cerita Doraemon bersiri untuk menghilangkan rasa takut.

3) Mak kata aku tak pandai beli baju. Kalau aku beli baju mesti ada yang tak kena dari segi saiz dan kaler baju tu. Aku mengaku aku suka kaler hitam dan putih jadi penuhlah almari pakaian aku dengan dua kaler tu je. Jadi tugas untuk mencari pakaian adalah tugas emak. Sampailah sekarang. Aku ada juga beli baju sendiri lain warna. Masa tu aku beli kat pasar malam ditemani oleh BFF aku Dayat. Aku rasa kalau aku balik Johor ni mesti mak aku bising sebab beli baju tak cakap dekat dia. Hahahaha.

4) Mak kata aku pandai kumpul duit senyap-senyap walaupun nampak aku ni tak berduit. Pernah sekali mak aku pecahkan tabung aku sambil nangis-nangis sebab nak bayar bil letrik. Aku tengok kat tepi pintu je lepas tu peluk dia cakap “mak janganlah nangis ye. duit tu along kumpul untuk mak”. Alhamdulillah sekarang mak dah kaya tapi aku still suka bagi dia duit sebab duit aku duit dia juga. Tapi tu masa aku kerja dululah sekarang tengah belajar mak pula yang support aku. Huhuhu.

5) Mak kata aku suka berfikir banyak perkara tapi tak pernah nak serius dalam sesuatu perkara. Tapi bila aku serius banyak perkara rumit aku boleh selesaikan sendiri. Aku sentiasa ada jalan untuk sesuatu yang aku impikan. Mak kata pendapat aku tak pernah sehaluan dengan pendapat abah. Itu dekat rumah tapi dekat luar mak along mengaku along bawak ideologi abah. Hehehe.

6) Mak kata aku tak suka keluar rumah sebarang. Sampai pernah satu kes tu mak aku halau aku dari rumah sebab aku selalu berkurung dalam bilik je. Mak suruh aku keluar merayap tapi bila aku dah keluar merayap mak telifon panggil aku balik. Konpius aku buat seketika. Anyway mak tak pernah meragui aku keluar ke mana pun sebab dia tahu selalu kalau aku keluar merayau aku akan pusing-pusing di kawasan tu je. Kalau tak keluar main futsal dekat Apollo aku akan main bowling dekat Angsana.

7) Mak kata aku suka makan. Jadi mak selalu masak makanan sedap-sedap untuk aku tidak kira masa. Mak pandai masak tapi aku kena jujur abah lagi terrer masak dari mak. By the way aku still suka makanan yang mak masak.

8.) Dulu masa kecil mak cakap dia tindik telinga aku sebab masa aku baby muka aku macam bayi perempuan. What the what!!! Kesan tindik tu kalau tengok betul-betul masih ada lagi dekat telinga belah kiri aku. Mungkin sebab tu aku pandai memasak dan mengemas rumah.

9) Mak cakap aku tak pernah menangis kecuali masa aku bayi dahulu. Dia kata aku jenis orang yang simpan kesedihan sendiri supaya orang lain tidak dapat merasa kesedihan aku. Sebab tu mak kata aku anak yang paling kuat dan tabah walau pun mata aku pernah menunjukkan tanda kemerahan nak menangis tapi akhirnya air mata tak juga mahu keluar.

10) Mak kata dia sayang aku sampai bila-bila dan selalu berdoa untuk kesejahteraan anak-anaknya. Mak kata apa yang dia mahukan adalah kebahagian anak-anaknya. Ini kerana kebahagian anak-anaknya adalah kebahagiaan dia. Walaupun dia susah tapi dia mahu anaknya senang. Biar dia berlapar janji anaknya kenyang.

Mak terima kasih kerana membesarkan along dari sekecil ini………

Sehinggala kepada sebesar ini………

Memang benarlah apa yang ditulis kasih ibu membawa ke syurga kerana syurga dibawah telapak kaki ibu. Semoga emak sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t. Terima kasih mak. Terima kasih atas segalanya. I Love U So Much. :)

***************************************

Kata abah..

Comments
  1. farass says:

    like sangat2…. menyentuh… kem salam mak yew…..

    umi.. angah sayag umi…..

  2. Sad says:

    mak kata dlm ramai2 anak dia…sy seorg sja pandai jaga hati dia nk sllu dengar ckp dia…erm… betul ker mak?? hehehe… best3…mak mai rm50..nk g tgok wayang…!! mak pun bagi tanpa bnyk menyoal.. ahahaha..!!! tu je mak kata..yg len mak xkata apa..!!

    mak sy sllu pesan hari2 lebih dari 100 kali setiap tahun asyik2 menda yang sama.: kakak! belajar rajin2 jgn main sngt…. tu untuk kakak jugak bkn untuk mama…nt spa nk jaga adik sorg tu klu kakak xnk blaja betul2 bila mama dah xde nt..ermm… wat ayat sedih lak mak aku nie….ye la ma…. i will do my best!! ahaha….

    ……

    btw…nice story of u…… ko kena kuatkan semangat apabila mendengar perkataan hsptal dan darah!! nt bibik kau nk beranak sapa nk tolong???!!!!! aku??? AHAHA…… ……ko xnk ke berada disamping dia masa dia sdg bertaruh nyawa melahirkan generasi ko yg baru…apa lah…ahahaa.

  3. Sad says:

    ops sori*.
    bini….. bkn bibik.. ahaha

  4. Sad says:

    apa bincang2….tokot darah takot darah takot darah..nt aku gtau kt atira ko tu….. ahahahah

  5. efyery84 says:

    eh.. bukan ke ko memang dah tahu aq takut darah.. huuuuu :(

  6. Sad says:

    tahu…saje wat2 xtahu….aahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s