Episod Hangin Di Terminal 1

Posted: May 30, 2010 in Umum

Pernah tak anda berjumpa dengan sekumpulan manusia langau yang berperasan bagus. Okeyh, aku memang tidak suka menggunakan perkataan “anoying” tapi kali ini aku terpaksa mengatakan aku sungguh anoying sekali dengan mereka semasa aku sedang bernafsu menjamu selera di McD Seremban Terminal 1 tadi. Sekali tengok dressing mengalahkan anak Menteri Besar tapi dua kali tengok baru perasan perangai dorang lebih kurang sama je dengan kuasa dua rejim zionis. Eh, kenapa aku begitu hangin ya dengan mereka. YA!! MEMANG AKU HANGIN TAHAP KARMA SEHINGGA RASA MACAM NAK TUMBUK JE TULANG RUSUK DORANG TU.. Nak tahu kenapa aku begitu hangin dengan mereka. Ayuh klik Read more untuk mengetahui kisah sebenar dan berkongsi rasa amarah aku dengan sama-sama mengeji mereka yang berperangai barbie ni.

Sedang aku sibuk menjamu selera di McD tiba-tiba adalah seorang manusia kurang upaya melintas di hadapan aku menghulurkan secebis kertas. Ayat dalam kertas tu lebih kurang begini “Saya orang kurang upaya. Saya pekak dan bisu tapi saya tahu mengukir. Saya menjual cenderahati yang saya ukir sendiri. Sekiranya anda sudi membeli harga untuk satu cenderahati RM6 dan untuk dua RM10.” Aku yang sedang sibuk membaca dan Big Mac yang masih melekat di mulut tidak perasan pula beliau telah mengeluarkan semua barangan cenderahati di dalam beg galas beliau. Agak menarik jugalah tapi mahal. Aku terfikir juga kalau aku ikhlas tidak mahu membeli dengan menghulurkan RM2 kepada beliau sebagai tanda terharu aku boleh ke? Selepas menoleh kepada tuan empunya badan terus aku kasihan melihat beliau yang mengesat peluh di dahi. Terfikir juga aku sudah berapa jauh dia menapak (berjalan) untuk mencari rezeki. So, aku belilah satu.

Sangat Cantik :)

Lepas menghulurkan duit kepada beliau dan dengan tanda terima kasih memberi bahasa isyarat kepada aku beliau terus beredar ke tempat duduk orang lain. Di sinilah peristiwa hangin aku bermula. Dia menghulurkan kertas kepada beberapa orang remaja dan lepas tu remaja itu mengetawakan orang kurang upaya tersebut. “Ada ke nak jual benda bodoh ni kat aku”, “Dah pekak bisu pun nak jual mahal-mahal” , “Pork Ju Bong ko RM6 benda macam ni”. Lepas tu orang kurang upaya itu senyum lalu beredar. Ye aku tahu dia pekak dan tidak boleh mendengar kejian korang semua. Tapi aku mendengar dan aku amat rasa malu dengan diri korang semua.

Harap dressing je cantik duit RM2 pun korang tidak mampu nak hulur ke sebagai tanda sedekah kepada mereka yang memerlukan? Sekadar RM1 korang tak mampu ke nak hulur kepada mereka yang memerlukan? Sekadar 50sen tak mampu ke korang sumbangkan untuk mereka yang memerlukan? Tiada 50sen , tak boleh ke korang beri 20sen ataupun 10sen. Walaupun sedikit jumlahnya tapi itulah nilai kemanusian kita kepada mereka. Tiadakah rasa humanity di dalam diri korang. Termenung aku seketika. Memang benar harganya tidaklah masuk akal tapi kalau korang tak mahu beli tak payahlah nak mengeji mereka itu ini. Kalau korang bagus sangat cuba korang ukir sendiri hasil kraftangan korang tengok apa hasilnya. Sekurang-kurangnya dia ada usaha untuk mencari sesuap nasi. Duit yang beliau dapat mungkin bukan hanya untuk beliau seorang sahaja. Orang kurang upaya tu mungkin seorang guru sekolah orang kurang upaya yang hanya cuba mencari dana untuk kaum-kaum yang senasib dengan mereka. Cubalah anda pandang dan melihat di luar kontak akal korang yang sempit tu.

Tercabar maruah aku sebagai ahli Persatuan Care United JB. Mengucap panjang aku melihat perangai hanjing korang. Korang ni kalaulah kat JB mahu aku call budak-budak aku bagi ubat mulut kat korang. Mulut macam chi-la-kak sungguh. Tak pergi sekolah ke apa korang ni?

Comments
  1. SoulMagician says:

    Ini adalah salah satu keburukan manusia yang akhi-akhir ini semakin menjadi teruk, mereka ini tak nak fikir tentang orang lain, selagi mereka gembira dah cukup dan kalau sendiri ada masalah mesti nak orang lain juga merasakan ataupun mendapat simpati. Itu la sebabnya kita yang ada keupayaan ini melakukan yang sedaya upaya menegakkan keadilan, jangan hiraukan budak-budak itu, mereka mana la tau hal dunia, sebab kalau mereka tau, pasti mereka tolong Pak Cik tu.

    P.S Terima kasih kerana menkongsi kan cerita ini, dapat juga kita tau sampai betapa teruknya kawasan kita duduk ini.

    Kalau ada orang terasa dengan apa yang saya cakap, minta maaf

  2. salam..

    andy..btol3..aper yang dorang buat sememangnya tak wajar..sekalipun xnk mnderma..xslh kte ckp elok2..atau bg isyarat yang boleh. beliau difaham..itu terpulang pada individu utntuk menderma atau tak..tapi seharusnya kite tak bolehlah menghina orang macam tuh…
    sesungguhnya..kemuliaan dorang lebih tinggi dr kite….

    sangat memalukan bila ada segolongan manusia yang cmtuh…
    =(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s