Mustahil Atau Tidak?

Posted: May 25, 2010 in Umum

Makin lama makin teruk permainan bowling aku. Aku rasa macam bukan aku yang dulu. Masalah keretakan tulang bahu aku akibat kemalangan motor dahulu masih menghantui balingan bola bowling yang aku buat sehingga kini. Nak buat teknik ‘crank’ juga takut-takut. Setiap kali nak baling pasti ada bunyi motor eksiden pak mat tempe “kecepar kecepir” digegendang telinga aku. Manalah tahu sedang asyik nak membuat crank tercabut bahu aku nanti. Doktor cakap kecederaan aku sudah pulih sepenuhnya tapi aku still membayangkan kesakitan jatuh motor dulu yang sehingga kini membayangi perasaan aku. Teknik crank yang aku bangga-banggakan dahulu mungkin kini hanya tinggal sejarah sahaja. Tapi bukan itu sahaja masalah yang aku alami di dalam sukan ini. Bagaimana hendak melakukan sesuatu yang mustahil menjadi tidak mustahil. Aku sedang cuba membangunkan teknik baru yang aku cipta sendiri. Sudah 3 minggu aku praktikkannya tapi hasil masih di bawah tahap mengecewakan. Rasa seperti mahu mencarut-carut saja dekat lane bowling tersebut. Teknik yang terpaksa aku cipta akibat keadaan bola bowling yang tidak kena dengan size telapak tangan aku. Sila klik Read more untuk mengetahui teknik yang agak panas dan mencabar ini.

Setiap bola bowling mempunyai 3 lubang. 2 lubang untuk jari tangan dan satu lagi untuk ibu jari. Bola bowling standard yang dibekalkan tempat bowling mempunyai lubang yang berjarak  terlalu hampir antara lubang ibu jari dan jari depan. Bola yang sepatutnya aku pakai jaraknya jauh kerana teknik balingan aku adalah “hook”. Ini menyukarkan untuk aku membuat balingan hook yang baik. Tengok gambar rajah di bawah kedudukan lubang bola hook yang sebenar.

AMF. Bola bowling lama aku :(

Okeyh, aku dah jual bola ni dekat member aku dulu semasa aku mengalami kecederaan bahu. RM450 memang aku rasakan tidak berbaloi. Tapi nak buat macam manakan. Ubat untuk bahu aku pun mahal jugak. Aku jadi mangsa keadaan pada masa tu. Damn!! I really miss my red devil..

Kerana lubang bola standard berjarak dekat jadi aku menggunakan imaginasi aku yang gila membuat lubang sendiri. Bukan tebuk sendiri menggunakan gerudi tapi cuma membayangkan jarak sebenar bola asal aku je. Tiada lubang bukan? Tak usah korang nak belek-belek bola bowling tu. Hahahaha. Aku pegang guna 2 jari di depan je yang ibu jari tu sekadar buat-buat pegang. Kiranya aku tidak menggunakan ibu jari aku. Gila bukan teknik ini? Memang gila pun sebab risiko bola itu terlepas dari zon balingan amat tinggi. Sibuk nak membuat balingan, bola terlepas landing atas kepala member. Mahu putus sahabat dibuatnya nanti.

Mengekalkan bola pada telapak tangan tanpa cengkaman ibu jari memang satu tugas yang amat sukar. Aku sudah 3 minggu struggle hanya untuk mempelajari teknik ini. Yang aku nampak membuahkan hasil adalah spin comparision bola yang aku lepaskan sudah mula mencecah 300fps. Apa guna 300fps tapi kalau kontak balingan aku diluar kawalan.

Anda nak tahu bagaimana sukarnya teknik ini anda cubalah sendiri. Guna jari depan tapi ibu jari tak payah guna. Cuba buat balingan. Aku rasa korang belum sempat buat balingan lagi bola dah terlepas dari telapak tangan kerana tiada cengkaman sempurna. Hahaha. Kesukaran membuatkan aku semakin suka untuk mencuba manjadikannya mustahil kepada tidak mustahil. Balingan hook tanpa kawalan ibu jari!! Pasti sangat hebat kalau ianya benar terjadi bukan. :)

Comments
  1. Lee says:

    mmg susah bro…tp cuba bro g youtube n search for jason belmonte…dia main guna dua tangan…gempak lar…rasa cm nak belajar je…nk tnya skit bleh tak bro…kalo nk tampal n tebuk lubang baru agak² bape kena bayar huh???… :-)

    • efyery84 says:

      Lee: Jason Belmonte.. Nama teknik untuk balingan 2 tangan tu digelar BELMONT techniques.. ia menggunakan 2 jari tapi disebabkan tidak stabil lalu perlu menggunakan 2 tangan untuk menambah padukan kekuatan balingan bola tersebut.. untuk tampal lubang lama dan tebuk lubang baru aku tak berapa nak pasti. sebab lain kedai lain harganya. try tya kedai untuk memastikan harga tersebut.. thanxz for reading my blog :)

  2. Terima kasih atas posting ini, cukup membantu dan mengatakan banyak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s