Hikayat Satu Malam

Posted: May 23, 2010 in Umum

Pada suat malam sunyi yang aku sendiri sudah lupa tarikh hari sebenarnya, aku sedang beremosi melayari kelajuan internet kolej yang berada pada tahap kritikal. Untuk menyiapkan sesebuah assignment yang berkualiti kita memerlukan kelajuan internet yang laju tetapi kolej aku berjaya memberi pakej internet yang sangat memuaskan pada tahap kelajuan 0.17 kbps sahaja. Memang macam laknat je aku rasa pada malam tersebut membuatkan aku mengambil keputusan segera untuk berpindah kolej ke rumah kawan aku yang dikatakan mendapat liputan broadband kolej yang meluas (wifi). Bermulalah kejadian  Hakikat Satu Malam di sana.

Ini dia sahabat aku yang malas hendak membuat assignment yang dia tahu hanya melayari laman web lucah kegemaran beliau iaitu Facebook. Nampak seperti normal sahaja bukan rumah beliau tapi normal dari segi luaran sajalah. Selepas aku menggunakan ilmu batin yang aku pelajari di School of IT aku seolah-olah dapat merasakan ada kehadiran makhluk entiti di dalam rumah ini tapi aku buat-buat tak tahu je. Al-maklumlah, orang kata jangan pandang belakang jadi aku pandanglah tepi.

Setelah aku pandang tepi aku terlihat sebuah peti telivisyen yang sangat antik. Jangan betulkan revolusi skrin kumputer anda kerana ini memang sebuah peti telivisyen antik yang aku sendiri tidak dapat kenal pasti apa jenama sebenarnya. Aku sudah mengesyaki tv ini digunakan untuk aktiviti pemujaan di dalam rumah ini tapi aku buat-buat tak paham je. Tiba-tiba aku berasa seram sejuk. Bukan seram sejuk sebab takut tapi sebab hendak membuang urine (air kecil). Jejaka sejati mana boleh takut-takut. Hahaha. Dah nak membuang haruslah pergi ke toilet kerana aku bukannya kucing yang suka membuang urine bersepah-sepah. Toilet paling selamat yang aku rasakan berada di rumah ini tanpa mengalami sedikitpun perasaan takut dari disekodeng makhluk halus dan juga makhluk manusia yang berhati halus suka menangkap video 3.gp adalah di dalam bilik tidur member aku. So, aku pergilah nak menghilangkan rasa seram sejuk aku.

Sebelum aku ke toilet sempat juga  aku menyinggah ke dapur rumah member aku. Perut aku pun memang semulajadi sentiasa berada pada tahap kelaparan. Manalah tahu ada makanan yang best-best ke kat dapur ni. Tapi aku terpaksa padamkan je niat aku setelah melihat keadaan dapur member aku yang berhantu ni. Sangat mengerikan. Aku meneruskan kembali hajat untuk ke toilet di dalam bilik member aku. Terperanjat dan terkesima aku dibuatnya setelah aku memasuki bilik tersebut. Sekujur tubuh lembaga yang menggerunkan berada di depan mata aku. Segera aku mencapai kamera menangkap gambar entiti tersebut. Hendak melihat gambar entiti tersebut sila klik Read more bagi merembeskan cecair hormon ketakutan anda pada tahap yang maksima.

Huahuahua.. Sampai nak terkencing dalam seluar aku dibuatnya setelah aku masuk ke bilik nak pergi ke toilet melihat aksi memukau member aku yang sedang lena diulit intan ini. Apa jenis gaya tidur yang beliau cuba pamerkan ni. Sangat senang hati macam orang baru lepas kena nombor je aku tengok. Dah macam sami tokong pun ada jugak aku rasa. Okeyh, aku memang kejam ambil gambar curi ni tapi aku memang tak boleh melawan hawa nafsu aku ingin memperdajalkan beliau setelah melihat gaya bebas yang beliau pertontonkan kepada aku. Sekali lagi aku gelak, HahahahaHAHAHAha…. :p

Comments
  1. SoulMagician says:

    haish…pergi ke rumah kawan nak buat assignment tapi last-last nak juga Abang Fendi ni dajalkan kawan-kawan abang ya….hui-hui…

    tapi memang kuat betul tahap batin Abang ya sampai dapat kesan semua benda ni dalam satu malam saja…rasanya kalau ada orang yang nak minta tolong ghost busting rasanya abang ni calon nombor satu la XD

  2. nur atira says:

    dia pakai topeng ke time tidur..hahahahah

  3. efyery84 says:

    tira: owh, atas sebab2xx keselamatan wajah sebenar makhluk ini terpaksa ditapis.. huhu

  4. ewan_drift says:

    adekah aku mengenali tmpat yg dikatakan anda itu..
    aku duduk kat situ xpenah dikacau ag..

  5. ntah la... says:

    ape da…tah ble2 la dye nyempat bgambo ea…ish2….
    hOpe xder la yg ngate2 blakng…
    aper kata ko edit balek hikayat 1 malam neyh…
    aq cam xbekenan…

  6. Nabihafifah Mohd Jalaluddin says:

    muahaha… hidung ada dua lapis..
    ape pnye makhluk lah ni bro..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s