Selamat Menyambut Hari Guru Pak Janggut

Posted: May 16, 2010 in Umum

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru muda ini. Siapakah gerangan empunya wajah yang begitu gay sekali ini?  Beliau adalah Ahmad Shahrul Nizam Bin Abdul Jalil atau lebih dikenali dengan nama glamournya Pak Janggut adalah teman lelaki aku sewaktu bersekolah menengah dahulu sehingga kini. Beliau merupakan seorang guru kaunseling di Sekolah Menengah Hj Rahmat Johor Bahru bagi membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah di sana walaupun semasa bersekolah dahulu beliau juga berperangai lahanat sama seperti aku juga.  Sila klik Read more untuk mengetahui perkara-perkara aib tentang diri beliau yang boleh dijadikan modal oleh para pelajarnya memeras ugut beliau bagi memperolehi markah tambahan di dalam keputusan peperiksaan nanti.

Sewaktu bersekolah menengah dahulu Shahrul merupakan seorang pelajar yang berkaki bangku. Beliau tidak suka melakukan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh tapi yang lahanatnya setiap hujung tahun pasti beliau sibuk menyelit di mana-mana kelab untuk tumpang sekaki menangkap gambar bersama bagi tidak melepaskan peluang mengisi muka beliau diruangan majalah sekolah. Beliau merupakan kawan baik aku yang paling abnormal sewaktu di sekolah dahulu dan sering menjual barang-barang yang beliau rasa tidak mahu dipakai lagi kepada aku seperti beg Converse beliau. Beliau meminati barangan branded. Jual beg Converse beli beg Outdoor yang belah bawahnya ada kulit tu yang aku rasa was-was terhadap status kulit tersebut sama ada halal ataupun tidak. Dengan itu bertambahlah kepopularitian beliau dikalangan gadis-gadis di sekolah kami walaupun ternyata beliau merupakan sepesis gay sejati yang hanya suka menggauli buku sekolah dari melakukan dosa bersama wanita yang bukan muhrim.

Dahulu sewaktu bersekolah menengah beliau sering pergi ke sekolah membawa motor Honda EX-5 beliau yang berwarna biru gelap tapi sumpah motor beliau memang tak laju sangat-sangat. Kami selalu belajar bersama dan beliau merupakan kawan setia aku yang selalu meniru kerja rumah aku. Okeyh aku mengaku aku pun kadang-kadang tiru kerja rumah dia juga sebab kami berdua merupakan kawan rapat dan duduk pun bersebelahan meja. Masa sekolah menengah dahulu beliau meminati kumpulan Exist dan selalu mengeji kumpulan New Boyz  kerana vokalis kumpulan New Boyz “Tomok” lebih hensem dari beliau mungkin menyebabkan beliau sering mengalami penyakit cemburu buta. Dahulu beliau tidak suka berbual pasal bola sepak tapi sekarang aku tidak tahu mana setan yang sudah berjaya merasuki diri beliau menjadikan beliau peminat setia pasukan Chelshit. Aku mengesyaki ini mesti angkara kerja budak-budak housemate beliau dahulu yang berjaya mempengaruhi beliau sewaktu beliau sedang belajar di UPM.

Okeyh setelah mengeji, kita haruslah memuji barulah wasadtiah. Shahrul merupakan seorang sahabat yang setia. Beliau amat baik dan pandai dalam menjaga pertuturan kata. Beliau sentiasa berfikiran positif dalam memajukan diri beliau setapak demi setapak kehadapan. Beliau tidak pernah kenal erti berputus asa dan selalu mencuba dan mencuba untuk mengecapi sesuatu. Beliau banyak idea dalam melakukan sesuatu kerja walaupun ideanya kadang-kadang banyak yang tak boleh pakai dari yang berguna. Alamak, terkeji balik pulak..

Ayuh ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada Ahmad Shahrul. Didiklah anak bangsamu menjadi bangsa yang berguna suatu hari nanti. Semoga usaha anda dalam melakukan kerja yang mulia ini diberkati oleh Allah s.w.t . Aku sentiasa menyokong kau disetiap masa. Wish u all the best bro.

Dari Sahabat Mu,

Muhd Efandy Haery :)

Comments
  1. mrs widow says:

    kim slm kt membe ek ery..hahak’
    samat ari guru..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s