Kelegaan Ahhhhh!!!

Posted: May 13, 2010 in Umum

Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Chelshit kerana berjaya menjuarai liga perdana Inggeris dan seterusnya dapat mencium piala Barclays lantas boleh menggunakannya untuk dibuat cawan bagi mengisi minuman keras semasa berpesta liar meraikan kemenangannya nanti di pub-pub maksiat kegemaran mereka. Tapi itu bukan cerita sebenarnya yang aku nak story. Semalam aku bermimpi aku bermain bowling. What da fak arr kan. Nampak sangat aku berada pada tahap kegersangan yang melampau untuk melontar bola bowling di lane sebenar. Ini semuanya kerana gara-gara pembatalan latihan bowling pada saat-saat akhir. Disaat-saat horman streotaip semangat kesukanan aku memuncak tiba-tiba berita pembatalan latihan membuatkan aku menjadi tidak keruan sehingga terbawa-bawa di dalam tidur. Okeyh, yang itu pun bukanlah cerita sebenar yang aku nak story. Haaa, nak tahu cerita sebenar silalah klik Read more untuk mengetahui apa yang berlaku.

Untuk menyaksikan atlet kebangsaan berentap disetiap acara pada peringkat dunia, kita perlu mempunyai tahap mentaliti yang tinggi serta kesihatan yang jitu sebagai penyokong tegar mereka. Ini kerana setiap kali perlawanan pasti jiwa kita bergelorak ingin memaki hamun atlet kebangsaan sendiri yang bermain secara gila barbie dan disudahi dengan kekalahan. Perkara ini telah berlaku semalam semasa pasukan Malaysia Piala Thomas menentang pasukan Jepun. Ramai orang telah meramalkan Malaysia akan menang menentang pasukan Jepun bukan sahaja di kaca televisyen malahan bomoh ramalan nombor ekor juga turut berkata perkara yang serupa. Tetapi perkara sebaliknya telah berlaku. Jepun menang 3-2 ke atas pasukan Malaysia. Ni mesti jurulatih pasukan Jepun sudah menyerapkan tenaga serigala berekor sembilan pada setiap pemainnya. Hafiz Hasyim ranking 22 dunia pun boleh tewas ke atas pemain Jepun yang beranking 224 dunia. Memang hantu langsir betul la kau.

Hari ini pun situasi sama terjadi seperti semalam. Malaysia menentang pasukan Denmark bagi mengisi slot ke separuh akhir Piala Thomas. Sudahlah Wong Choon Han kalah pada pusingan ketiga diturunkan pula pasukan 24 hours negara. Mohd Zakry Abdul Latif dan pasangan baru siap beliau Toon (nama belakang aku lupa) pun kalah jugak. Sebelum ini beliau dengan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari (lagilah kalah teruk) tetapi telah diceraikan oleh jurulatih mereka Rexy Manaiki secara cerai fasakh lantas gara-gara Mohd Fairuz yang tidak dapat menahan nafsu amarah beliau ingin menoron penonton secara bernafsu semalam.

Hafiz Hasyim dengan muka tak bersalah beliau turun menjadi penyelamat. Beliau bermain agak baik hari ini. Okeyh, semalam aku maki hamun kau sambil mencarut-carut dalam hati tapi hari ni aku kembali jatuh cinta pada kau. Sambil menjerit-jerit nama “Hafiz Hasyim, Hafiz Hasyim, awwwww” beliau terus bermain melegakan darah tinggi dan penyakit jantung semua para penyokong Malaysia.

Hafiz Hasyim

Kemenangan Hafiz Hasyim terhadap perseorangan ke-3 Denmark meletakkan Malaysia dislot separuh akhir kejohanan Piala Thomas bertemu China. Sundal bolong betullah. Disaat-saat kelegaan mencapai kekemuncaknya pasukan China pula membayangi pasukan negara. Moga keajaiban boleh berlaku dan marilah kita sama-sama berdoa semoga pasukan China terkena penyakit selsema barbie secara berkumpulan lantas tidak dapat turun beraksi. Laungan 1 Malaysia “MALAYSIA BOLEH”.

Comments
  1. z9nny says:

    huhu….aaaahhhh…lega gak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s