Gadis Pilihan Aku

Posted: May 13, 2010 in Umum

Setiap jejaka pasti ada menyimpan ciri-ciri gadis impian di dalam diri mereka. Oh, jangan kata anda gay. Kalau anda gay dan tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap kaum Hawa sila berambus ke laman web yang lain. Di sini hanya untuk kaum jejaka original ciptaan Tuhan sahaja. Ada jejaka yang mahukan gadis impian mereka seiras penyanyi-penyanyi wanita dari Korea yang berbadan kecil molek, bersifat ala-ala kegedikkan, berkaki solid, berwajah cantik dan berpakaian seksi. Biasalah, sekarangkan musim penyakit selsema Korea so mana-mana kita pergi pun pasti ada diselitkan serba sedikit elemen Korea. Disaat-saat kecantikan dan keseksian seseorang gadis menjadi keutamaan sesetengah jejaka, aku pula ada menyimpan ciri-ciri gadis impian aku sendiri. Aku mengaku aku juga terjebak dengan selsema Korea sedikit kerana menyukai keseksian penyanyi-penyanyi Wonder Girl tetapi tidaklah sehingga ketahap kronik menjerit-jerit nama “Wonder Girl, Wonder Girl!!!” di dalam status Facebook aku. Ini semua member aku punya kerja mempengaruhi aku ke arah ke Korea-an. Cis!!!

Wonder Girl

Entri kali ini seperti memberi jawapan bocor saja kepada semua gadis di luar sana untuk cuba mengurat aku. Eh?? Apa salahnya. Oh cannot, sekarang kaunter jodoh telah ditutup kerana calon pilihan untuk dijadikan isteri sudah ada. So, kepada para gadis  di luar sana boleh cuba mempraktikkan ciri-ciri ini kepada jejaka yang lain. Anda janganlah berkecil hati kerana aku yakin pasti ramai jejaka-jejaka di luar sana yang mahukan gadis-gadis berciri seperti apa yang aku inginkan. Kalau anda mahu tahu ciri-ciri  gadis untuk menjadi anak menantu sejati pilihan keluarga sila klik Read more demi mengetahui adakah ciri-ciri itu serasi dengan anda atau pun tidak.

1) Berbudi bahasa.

Setiap manusia mesti mempunyai sifat amarah. Tetapi kalau kemarahan tidak mampu untuk dikawal ia boleh bertukar menjadi sawan barbie hutan. Sikit-sikit nak marah. Gila isim ke apa kau ni? Sebagai seorang gadis, budi bahasa yang baik adalah perlu bagi menampilkan ciri-ciri kewanitaan sebenar. Komunikasi yang baik dalam sesuatu perhubungan itu perlu bagi mengekalkan perhubungan. Tak kan korang nak jumpa bakal mak mertua dan bapak mertua korang cakap gua lu gua lu pulakkan. Nak mampos ke apa? Oh cannot!!

2) Berpakaian sempurna.

Siapa kata gadis yang berpakaian sempurna tidak seksi dan cantik? Tengok saja Yuna penyanyi lagu Dan Sebenarnya yang sebenarnya seksi itu. Pakaian yang sempurna menunjukkan kesempurnaan sifat seseorang gadis. Kami tidak mahu para gadis kami berpakain ropol-ropol menampakkan lurah dada anda dan seterusnya dipergunakan oleh lelaki lain sebagai modal untuk dibuat ciploit-ciploit. So, sila jaga kesempurnaan pakaian anda. :)

3) Natural is better.

Para jejaka tidak suka gadis yang terlalu obses dengan kecantikan. Mahu tidur pakai mekap, bangun tidur mekap dulu baru mandi lepas tu mekap balik, pergi kerja mekap, dalam kereta mekap. Menyesakkan emosi kami sebagai kaum jejaka kerana kami tiada mekap untuk dipakai. Kecantikan sebenar adalah dari dalam diri anda sendiri. Jadilah diri sebenar tanpa dipengaruhi oleh peralatan alat solek. Kami  faham bersolek itu perlu untuk menjaga penampilan diri anda tapi janganlah sampai keterlaluan. Cucuk sana cucuk sini (botox) ingat ayam ke apa? Oh cannot!!

4) Pandai memasak.

Chef Dianekay

Semua para jejaka suka makan di rumah dari menghabiskan duit makan di luar. Untuk menjadi gadis sejati seterusnya menantu pilihan keluarga anda haruslah mengetahui serba sedikit kaedah memasak yang sempurna. Aku tekankan di sini membuat sandwich dan pankek itu bukan memasak namanya. Jangan pula nanti mak mertua ajak masuk dapur minta ajinamoto korang bagi sos tomato instead. Tahu memasak adalah salah satu ciri-ciri gadis pilihan keluarga. So, what ur waiting for? Silalah belajar memasak cara sempurna seperti Chef Dianekay yang hebat itu. Kami sentiasa merindui masakan dari hasil tangan anda sendiri.

5) Bijak.

Bijak di sini bukanlah membawa maksud anda ini berpendidikan tinggi. Bijak di sini membawa maksud anda pandai dalam menjaga maruah diri dan keluarga serta pandai dalam membuat sesuatu keputusan. Kami kaum jejaka amat memerlukan assistant dalam hidup kami yang boleh memberi idea-idea yang bernas dalam membuat keputusan. Kasihan melihat para wanita di luar sana yang menggadaikan maruah diri kerana membuat pilihan yang tidak bijak. Cinta yang sempurna adalah dari akal yang waras bukanlah dari nafsu semata-mata. Renung-renungkan dan selamat beramal.

6) Merokok.

Bak kata Nabil Raja Lawak “Lu pikirlah sendiri!”..

7) Mempunyai sifat-sifat penyayang.

Ihsan dari: Google

Mendiang Puteri Diana selalu menjadi sebutan dunia kerana mempunyai sifat kasih sayang yang sempurna bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan orang tua. Aku suka melakukan kerja-kerja amal di Johor malahan menjadi salah seorang ahli We Care United badan NGO untuk golongan yang memerlukan. Kasih sayang kita bukan untuk orang yang kita cintai sahaja tapi ada sesetengah kasih sayang kita boleh diberi secara ‘halal’ kepada kaum yang memerlukan. :)

8.) Bukan materialistik.

Ihsan dari: Google

Pernah tak anda dengar lagu “Dulu suaminya hensem rambut panjang dah jadi botak“. Duit itu memang perlu dalam kehidupan. Bagi menunjukkan rasa tanggungjawab sebagai seorang jejaka kami perlulah menyediakan kewangan yang kukuh demi mengukuhkan ekonomi rumah tangga. Tapi anda janganlah pula menjadi paresit mengambil kesempatan merabakkan duit kocek kami. Kami juga perlu duit untuk pergi melepak di warong mamak pada hujung minggu bagi menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan kesayangan kami. Tengok jiran sebelah beli tu kamu nak, tengok jiran sebelah beli ni kamu nak. Boleh menyebabkan tekanan emosi tahu tak. Please don’t try this girl. We mean it!!

Itulah serba sedikit ciri-ciri gadis impian aku. Tapi aku taklah membawa maksud semua tu harus ditekankan kerana aku pun sedar diri aku pun tidaklah sempurna sifat (bukan bermaksud aku gay tau) . Cinta itu buta tapi janganlah buta hati dalam menilai erti cinta sebenar. Aiceeh, ni bila masa aku pandai berfalsampah pulak ni. Anyway, see u guyz next entri. Salam sayang dari aku Pakcik Ery.

Comments
  1. ewan_drift says:

    best r ko punye citer ko nie…semua nie mmg penting untuk cari teman idup…
    supaya xde pergaduhan lam hubungan..(^_^)

  2. efyery84 says:

    ye.. sila cari gadis seperti di atas kalau mahu selamat.. :) hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s