Jawapan Kepada Lagu Puaskah Wali Band

Posted: May 11, 2010 in Umum

Pasangan bercinta masa kini semakin kreatif dalam menyampaikan mesej kepada pasangannya. Berkasih dan putus kasih adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan. Ada yang cuba memerli ‘ex’ mereka dengan meletakkan lagu yang mencengkam jiwa di dalam Facebook mereka atau pun tidak kurang juga pada profile My Space mereka. Lagu yang sering dimainkan oleh mereka untuk memerli pasangan mereka adalah lagu terhangat dari kumpulan Wali Band Puaskah. What the fish!!! Kalau pasangan mereka jenis tak makan saman atau dengan bahasa saitifiknya tiada perasaan mereka akan buat-buat pasang lagu ini di depan mereka secara live demi menyampaikan mesej bahawasanya  mereka tidak bersalah di dalam soal ini.

Kepada anda yang mengalami situasi seperti di atas anda janganlah pula memutarkan semula lagu Puaskah dari Wali Band untuk pasangan anda yang sengaja hendak membuat anda sakit hati. Ini boleh menunjukkan bahawasanya anda ini tidak kreatif. Anda boleh membalas mesej lagu yang disampaikan oleh mereka dengan lagu yang lain. Okeyh, aku suka lagu Rock Kapak so aku ingin menyatakan lagu apa dan dari kumpulan apa yang boleh menjawab lirik lagu dari kumpulan Wali Band ini sekaligus membuatkan pasangan anda (ex) yang tidak mahu mengaku salah terus terjun ke laut membunuh diri. Sila klik Read more untuk mengetahui lirik lagu terbaik dari ladang ini.

(6) Pearl – Aku Tak Bersalah

(Rangkap Membunuh)

Telah berulang kali sengaja kau ulangi,

Kesilapan sama serupa,

Setia di depan mata curang disebaliknya..


(5) Gersang – Suratan Takdir

(Rangkap Membunuh)

Usahlah ku disalahkan terjadinya perpisahan ini,

Itu suratan takdir,

Tak terlintas dihati ini untuk aku jatuh cinta lagi,

Tapi takdir yang menentukan.


(4) Mega – Mencari Penawar Kasih

(Rangkat Membunuh)

Berat yang kau rasa itu cuma di mata,

Aku yang memikulnya pasti lelah dan sebenarnya parah,

Kita yang merancang dan tuhan menentukan,

Walaupun kau tahu banyak yang ku lakukan untuk mu.


(3) Ella & The Boys – Retak

(Rangkap Membunuh)

Berabab kita telah bercinta,

Mengapa kini engkau berubah,

Sedangkan aku masih kekal setia,

Mengharap kasih menjadi bintang jiwa.

(2) Lefthanded – Cinta Tiga Dimensi

(Rangkap Membunuh)

Biar dari sudut mana pun kau lihat diri ini,

Walau pun dari atas sekali semua adalah sama,

Biar pun cantik mengalah bidadari,

Namun hatiku tidak mungkin kau dapat menguasai.

(1) Sweet Charity – Istilah Bercinta

(Rangkap Membunuh)

Kau kata kau cinta,

Kau kata kau sayang,

Kini entah ke mana,

Tiada lagi kemesraan.

Itulah serba sedikit lagu yang boleh menjawab lirik lagu dari kumpulan Wali Band Puaskah. Korang harus merasa bangga kerana menunjukkan semangat satu Malaysia dengan mendendangkan lagu keluaran Malaysia sendiri dari mendendangkan lagu keluaran Indon. Ada banyak lagi tapi better korang check it out sendirilah ye. Selamat mencuba. ChooW!! :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s