Haiwan Kesayangan Aku

Posted: May 10, 2010 in Umum

Setiap insan pasti ada haiwan peliharaan atau mempunyai minat terhadap sesetengah haiwan yang kiut miut. Jangan cakap korang suka haiwan oit oit yang hidung kemek tu yerk. Cam haram je perangai korang kalau suka menatang tu. Aku juga tidak ketinggalan meminati haiwan dan ada membela beberapa ekor haiwan di rumah aku (Johor). Aku ada seekor arnab baka Australia bernama Tiko dan kucing kesayangan aku bernama Boboy. Fuh!! Macam nama artis je kau ni yer.

Boboy

Walau bagaimanapun, aku juga ada menyimpan haiwan peliharan tidak bernyawa di Johor. Haiwan peliharan tidak bernyawa? Apa neraka yang aku sedang cakapkan ni (what the hell that i’m talking about). Nak mengetahui apa jenis haiwan itu? Jadi apa buang masa mari kita klik Read more untuk melihat kehebatan haiwan tidak bernyawa belaan aku yang sangatlah manja macam tuannya juga.

Kancil 660

Well, walaupun ia hanya berkuasa 660 sahaja tapi aku suka. Kecil, comel dan mudah dilanyak kemana sahaja. Tuang minyak dan pandu. Amat mudah dan mesra alam (tidak berak bersepah) dan ekonomi (jimat minyak). Sebenarnya ini kereta pertama aku. Aku ada dua biji kereta. Satu lagi Persona 1.6 warna silver. Aku lebih suka pandu menatang Kancil ni dari Persona yang ternyata lebih laju. Aku tak suka pada kelajuan sebab kelajuan membunuh dan aku belum berkahwin lagi. Bukan itu sahaja, aku juga ada masalah parking. Aku lemah dalam memarking kereta yang besar. Kalau pandu kancil mudah je nak sodok dekat tempat letak kereta di mana-mana sahaja.

In my Persona

Tengoklah muka aku yang sangat serius memandu kereta Persona. Macam orang baru nak mengambil lesen memandu je bukan. Masa ni aku sedang menghantar adik aku pergi ke sekolah. Aircond dia mencengkam lubang hidung aku berasa seperti di kutub utara sahaja. Besar dan laju. Amat berbahaya memandu kereta laju seperti ini. Boleh menyebabkan aku mengalami sesak nafas. Sudahlah di kawasan perumahan aku ramai bekas-bekas pemandu kereta F1 pencen yang suka berlumba di kawasan ini. Still my Kancil is the best. Sangat merindui Kancil aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s