Masak Memasak Eh Masaklah Kau (Sardin Sambal)

Posted: January 29, 2011 in Resepi Chef Ery

Hye uols! Rindu kat mak tak? Kalau rindu katakan “Aaawwww!!”.. Dah lama juga mak tak menyundal dekat blog yang serba sundal ni. Ops, macam puaka mulut mak ye. Uols jangan main-main. Blog Cik Ery sekarang dah mantop tau. Dengar kata sekarang ramai orang suka stalkers blog ni. So, mak hari nak menginterprem dalam blog ni sebab tuan empunya blog ni pergi bercuti ke Costa Rica (tipu). Selamat datang ke rancangan mak yang tak seberapa ni. Rancangan “Masak Memasak Eh Masaklah Kau”. Disini mak akan bagi resepi-resepi terbaik dari ladang getah. Well, uols kan tau mak memang pandai memasak. Mak nak kasi resepi simple-simple je. Ni khas bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak memegang sudip didapur. Takkan pegang je sudip tu nak buat lawan pedang ke? Sekali-sekala apa salahnya menggauli masakan didalam kuali. Klik Read more untuk ke dapur bersama mak..

 

Haa, uols mesti pernah makan sardin. Lebih-lebih lagi yang berstatus bujang tak laku. Tak kiralah dia seorang lelaki, perempuan mahupun arbok. Sardin memang salah satu makanan rutin bagi mereka (selain dari maggi dan biskut kering). Simple nak masak kalau malas calet je dekat roti buat jem. Hari ni mak nak bagi tips masak simple tapi hasilnya pimple. Hahaha, kelakar tak lawak mak. Macam harem. Jom lihat cara memasak resepi Sardin Masak Sambal.

 

Sardin Masak Sambal

Bahan-bahannya adalah:

1/2 Bawang Merah (besar)

4 ulas bawang kecil

5 hirisan kecil Halia

1/2 keping Asam Keping (Gelugor)

1 biji Kentang

1 tin sardin

1 mangkuk air Asam Jawa

1 mangkuk Sambal (Tips penyediaan sambal: Cili kering dibuang biji, direbus dan diblend bersama sedikit halia dan bawang besar.)

 

*********************************************************

Cara-cara memasak:

Uols, panaskan enjin kuali okey. Bila dah cukup tempeture dia tu uols goreng kentang tadi tu. Dah cukup garing uols toskan. Tak payahlah empuk sangat nanti nak masak lagi. Mak kalau bab ni cukup suka. Goreng kentang banyak-banyak. Bukan apa, nanti time masak boleh kunyah-kunyah. Hahaha, biasalah perut mak memang bernafsu syaiton. Tak kuasa hakku..

 

Bawang merah memang suka dengki dengan bawang putihkan. Kesian bawang putih asyik kena buli je. Eh, apa yang hakku meroyan ni? Awww, tapi kalau dekat dapur mak lagi kejam. Tak kira bawang putih ke bawang merah dua-dua hakku campak masuk kuali. Hambik kau nyah. Kasi goreng sampai naik bau.

 

Lepas tu masukkan sambal. Masukkan halia yang dipotong dan asam keping sekali. Step ni pastikan api berada dalam mode perlahan. Tumiskan sampai sambal tu mengamuk atau dengan kata lainnya naik minyak. Then, uols tuangkan dalam 6 sudu besar air asam jawa kedalam sambal tu. Kasi kacau sambal tu sampai mabuk. Bila dah nampak sambal kembali pekat dan pecah minyak barulah masukkan bahan berikutnya.

 

Masukkan kentang yang digoreng tadi dan sardin kedalam sambal tersebut. Kacau perlahan-lahan bagi memastikan ikan sarding tu tak hancur. Mak time masak ni guna teknik ratio dalam menyukat kadar garam dan bahan perasa. Well, mak guna 1/2 sudu kecil garam dan 2 sudu kecil Ajinamoto. Bab ni korang pepandailah ye. Api pastikan mode perlahan gear 2 je okey. Masak sampai sardin dan sambal tu sekata.

 

*********************************************************

Walla..  Inilah hasilnya. Macam mana? Berselera tak uols tengok. Haaa, nampak tu kilau-kilau kuah sambal tu bercampur dengan sardin. Huiyoo, ni kalau cecah dengan roti or makan dengan nasi ni memang nikmat tak terhingga. Selamat mencuba mak ucapkan kepada uols. Lain kali mak terjah lagi blog ni mak kasi resepi yang vague da vass untuk uols semua okey. Sekarang ni mak nak minta diri dulu.  Mak nak pergi menyundal dengan anak ikan mak kejap. Oh yeeeaah~

 

Resepi dari: Chef Efy

Comments
  1. fulamak bro….xsngka yek pndai msk….agak2,bley msk kn utk sis….alalalalalal

  2. xpela…sbb sy pun bley msak benda yg sama…hehehehhe

  3. zik says:

    nie boleh jadi chef dah nie…. penerangan yang ringkas tapi padat… aku dah lama tak memasak… hehe… masak magi jer pun… huhu

  4. byha says:

    haha. bgus bro! smoga peningkatan yang ada ditingkat-tingkatkan lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s