Antara Islam Dan Adat

Posted: December 11, 2010 in Uncategorized

Pernah tidak anda mendengar pepatah berbunyi “Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”  . Ia adalah pepatah bangsa Melayu yang tidak asing lagi bagi kita semua (orang Melayu). Biarpun kalimat ini begitu ringkas, tetapi menimbulkan polemik yang bukan sedikit. Ia ditulis oleh buku-buku Sejarah Melayu dan menurut sumber yang dipercayai ianya ditulis oleh Tun Seri Lanang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 600 tahun yang lalu (maybe lagi lama). Klik Read More..

Sisik atap disambung atap,

Atap disisik di dangau padi,

Banyak adat perkara adat,

Adat yang mana setuju di hati…

 

Anak teruna tiba didarat,

Dari Makasar langsung ke Deli,

Hidup didunia biar beradat,

Bahasa tidak dijual beli…

 

Manis sungguh gula Melaka,

Jangan dibancuh dibuat serbat,

Sungguh teguh adat pusaka,

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT…

 

Kadang-kadang aku ada terbaca orang mengatakan pepatah ini seperti tidak relevan lagi dan yang bercakap itupun orang Melayu.“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”? Habis kalau anak sudah mati siapa nak teruskan adat? Pada aku adat itu tidak penting kerana kebanyakan adat Melayu itu mengikut agama Hindu. Contohnya seperti bersanding waktu kahwin, renjis air mawar, inaikan tangan dan macam-macam lagilah (aku tak kahwin lagi so aku tak tahu sangat).

Ustaz subjek Pengajian Islam aku pernah bertanya kenapa orang kita cakap “Daulat Tuanku” walhal beliau (sultan) juga manusia seperti kita. Yang seharusnya didaulatkan adalah Allah s.w.t. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh Ustaz aku tu.

 

Selepas di aju soalan itu aku terfikir bahawa Islam dalam kehidupan orang Melayu dipengaruhi oleh adat. Eh, betul ke? Islam itu Islam lah, adat itu adat. So, apa itu adat? Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai rahmat kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Islam itu tulin dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin, aman damai dan sejahtera, taat tunduk patuh dan berserah kepada Allah s.w.t (copy paste dari buku Pengajian Islam) ^^.

 

Mengikut pandangan aku, agama orang Melayu sebelum datangnya Islam ke nusantara adalah agama Hindu. Kita menganut agama itu dan mengamalkannya dalam setiap sudut kehidupan seharian kita. Raja Parameswara (Dharmaraja) iaitu raja Melaka yang pertama (founder Negeri Melaka) yang berasal dari Kerajaan Srivijaya di Palembang juga pada masa itu beragama Hindu.

 

Selepas itu barulah datangnya agama Islam ke Melaka. Raja Parameswara masuk Islam pada tahun 1414. Selapas itu nama beliau ditukar menjadi Sultan Iskandar Syah. Selepas raja memeluk Islam maka seluruh rakyat jelata (Melayu) pada masa itu  juga wajib memeluk Islam. Cikgu sejarah aku cakap, kalau zaman dulu raja peluk sesuatu agama yang lain pun kena ikut juga. Sebab itu mungkin Sultan/Raja dianggap berdaulat. Itu pandangan aku laa orang lain aku tidak berapa pasti.

 

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melayu Melaka yang bercorak keIslaman, kita mendapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor.

 

Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah dimana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah s.w.t dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

 

Aku ada seorang kakak sedara. Dia seorang peguam. Dia ada cakap pasal topik “Malay Customary Law” dalam subjek “Malaysian Ilegal System” kalau tak silap laa. Dulu-dulu dia cakap sebelum datangnya kerajaan Inggeris kita tak guna Common Law macam hari ini yang kita guna pakai. Kita guna undang-undang berlandaskan ADAT.

 

Aku terfikir sejenak. Betul juga sebab sewaktu aku belajar dekat sekolah menengah subjek sejarah pun ada mengupas isu berkenaan adat Pepatih (Negeri Sembilan dan Naning) dan adat Temenggong (negeri-negeri Melayu yang lain). Aku orang Johor jadi bermaksud aku adat Temenggong. Kalau aku berkahwin dengan orang Negeri Sembilan jadilah adat PepaGong. Ngek~ (saje melawak)

 

Bila sebut pasal Pepatih dan Temenggong dalam otak aku cuma terfikir perempuan dan lelaki. Hahaha. Punya simple and steady pemikiran aku. Not that kind of thingking laa. Adoiyai! Lebih berfikir berkenaan  perwarisan harta. Ikut zaman moden (Malaysia) kita akan rujuk undang-undang Akta dan Enakmen yang berkaitan. Dulu orang rujuk adat. Perpatih mengamalkan sistem “matriarchal” (berpihak kepada perempuan), manakala Adat Temenggong mengamalkan sistem “patriarchal” (berpihak kepada lelaki).

 

Ia tidak terhad hanya disitu sahaja. Ada juga undang-undang yang melibatkan jenayah. Kalau hari ini kita ikut Kanun Keseksaan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih dan Temenggong menyenaraikan KESALAHAN dan HUKUMAN (sama juga Kanun Keseksaan pada hari ini). Hukuman dalam Adat Perpatih bersifat “Restitution” dan “Compensation”, manakala hukuman dalam Adat Temenggong pula bersifat “Punishment” dan “Retaliation”. (sumber dari blog orang ramai)

 

Adat orang-orang Melayu adalah sangat halus iaitu di dalamnya terkandung unsur dan nilai agama (malah didalam keadaan tertentu adat dianggap atau sama sebagai agama itu sendiri), didalamnya ada rasa bertuhan atau diperhatikan oleh Allah SWT.

 

Pepatah ini, sebenarnya, menentang amalan NEPOTISME dalam pelaksanaan undang-undang. Pepatah “Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat” ini, dan penentangan terhadap amalan NEPOTISME dalam pelaksanaan undang-undang, adalah selari dengan Islam. Adat itu juga mengikut pada pandangan aku lebih kepada undang-undang dalam menjaga akhlak, adab dan maruah bangsa Melayu.

 

Dalam satu riwayat, Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang sebelum dari kamu telah dimusnahkan, kerana mereka melepaskan orang yang berkedudukan bila mana dia mencuri, dan melaksanakan ketetapan hukuman Allah SWT ke atas orang yang lemah. Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya!”

 

Jadi conclusionnya aku mengatakan disini bahawa amalan adat dalam kehidupan orang Melayu adalah relevan kerana di dalamnya terkandung nilai-nilai murni keagungan agama Islam itu sendiri. Sekiranya ada tersilap kata maaf dipinta. Segala pandangan kita kongsikan bersama. Yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari aku sendiri (pandai pun mengaku). Assalamualaikum~

Comments
  1. fatyn says:

    cmne nak contact penulis nih? sy ade nak mintak pandangan cket tentang adat pepatih dan syariat islam?? adakah ia bertepatan dgn syariat islam??

  2. firdaus says:

    come on broo…ada cerita disebalik pepatah “biar mati anak jangan mati adat”…cer kaji dlu sebelum mengeluarkan apa2 pendapat…sekiannn….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s