Pengembaraan Ke Berjaya Times Square

Posted: December 7, 2010 in Umum

Berjaya Times Square, wow panjangnya nama. Kalau pergi sana pasti boleh “berjaya” ni. 1st impression aku bila Tiramissu memberi cadangan untuk mengajak aku mengembara disana. Well, selama ini sempadan pengembaraan aku hanyalah di Midvalley Megamall je. Untuk memperluaskan kemahiran mengembara aku, aku perlu mempersiapkan diri dari segi ilmu, stamina dan peralatan yang secukupnya. Huiyoo, gila betul aku ni sampai jadi macam tu sekali. Orang lain rilek je merayau aku sampai prepare habis-habisan ni. Yelah, demi mengelakkan diri dari tersesat. Klik Read more untuk mengikuti pengembaraan aku buat kali pertama ke Berjaya Times Square.

Aku cuba meneka bagaimanalah rupa tempat tu. Tiramisu cakap Times Square. Adakah tempat itu mempunyai menara jam yang besar dan berbentu petak? Aku tak dapat nak membayangkan macam mana bestnya tempat itu. Aku pun tanya Pakcik Google. Taip TIMES SQUARE terus keluar bandar super gergasi New York. Peeergh!! Juling biji mata aku sekejap. Apa kejadahnya nak mengembara sampai ke negara kapir laknat tu. That’s why aku tulis tajuk nama penuh Berjaya Times Square demi mengelakkan ada salah faham disitu mengatakan aku melancong ke luar negara.

Seperti biasa pengembaraan bermula dengan menaiki train dari Batang Benar. Nasib baik aku sudah mempunyai pengalaman secukupnya jadi gemuruh aku berkurangan. Aku juga sudah pandai membezakan mana satu gerabak wanita (kes pengembaraan ke Midvalley). Tiramissu menaiki train yang sama di UKM tapi dia duduk di gerabak wanita. Hari itu Ahad ramai orang. Aku terasa macam berada dalam tin sardin. Dah laa hari itu aircond train yang aku naik itu bermasalah. Sampai Bandar Tasik Selatan baru aircond tu bernafas kembali. Kurang sikit seksaan aku.

Sampai dekat KL Central baru dapat jumpa Tiramissu. Masa tu pagi lagi. Al maklumlah kalau waktu pagi perut aku memang pandai memujuk rayu untuk di isi dengan pelbagai bentuk makanan yang boleh membuncitkan perut. Jadi aku dengan Tiramissu pergi baham-baham dekat food-court KL Central. Kami makan nasi lemak je cuma nasi lemak aku berkuantiti banyak siikiiiiiit dari Tiramissu. Sikit laa sangat.

Untuk pergi ke Berjaya Times Square rupanya perlu menaiki monorail. Tak macam pergi ke Midvalley turun je train terus sampai. Lalu menapaklah hamba bersama Cik Awek untuk menaiki Monorail. Apa benda Monorail tu tidaklah hamba ketahui akan asal usulnya. Beranggapanlah hamba bahawa monorail itu sama suku kaumnya dengan komuter. Fuh, gila bangsawan ayat aku. Saja nak bagi saspen sikit cerita ni. Hahaha. Nak pergi Berjaya Times Square kena beli tiket monorail ke Jalan Imbi. Yes, satu ilmu aku dah dapat. Tapi aku tak tahu natijahnya menaiki monorail tersebut.

Wat de hel!! Tinggi rupanya monorail ni. Salah satu fobia yang ada dalam diri aku adalah takut pada ketinggian. Aku cepat gayat. Dia siap boleh main corner baring lagi. Menatang sungguh!! Sekali dia belok je mata aku dah tengok segala apa yang ada ditanah. Fikiran aku mula melayang memikirkan perkara bukan-bukan. Kalau jatuh konferm aku mati. Aargh!! Tak suka naik benda ni. Sob sob~

P/s: Sebelum naik mengucap dulu. Malang tidak berbau.

***************************************************

Akhirnya sampai juga di Berjaya Times Square. Waaaaaaa, besar lagi Midvalley cuma yang membezakan tempat ni dia tinggi bertingkat-tingkat. Aku memberi gelaran syurga wanita untuk tempat ini kerana barang-barang disini lebih murah berbanding di Megamall. Sana sini ada SALE. Ada hotel lagi disediakan bagi mereka yang ingin ringan-ringan dengan pasangan mereka. So, tak payahlah nak pergi Pavillion untuk comolot. Nak pendekkan nyawa anda pergi je tingkat 6 naik Roller Coster. Believe it! Dalam shopping complex ni ada indoor Theme Park yang terbesar di Malaysia.

Menaiki benda ini perlukan banyak duit dan banyak hormon keberanian. Memandangkan aku bawah umur jadi aku tak naik benda ni. Aku naik tangga dan escalator je pergi jalan-jalan bersama Tiramissu. Dia pun dah mula merembeskan cecair estrogen apabila melihat sale sana sini. Rambang mata dia semua benda dia nak beli. Dia beli sandal baru menggantikan sandal yang dia beli di Seremban masa tu atas alasan melecet.

Kami membaham aiskrim Sundae McFlurry di McD. Disana aku telah beri hadiah ulang tahun Tiramissu dan dia pun exchange hadiah aku dengan yang dia punya. Hadiahnya adalah SECRET. Blueeek, mana boleh bagi tahu. Hadiah special ni hanya untuk aku nikmati sorang-sorang je. Hahaha. Yang penting aiskrim tu tak boleh dibawa masuk ke dalam panggung wayang. Cis!!

Tak lengkap pengembaraan aku kalau tidak menikmati filem-filem terkini di panggung wayang. 2 Alam aku tak sempat nak tengok bertapa ngerinya cerita itu sampai mengigil-gigil. Jadi aku menggantikan dengan cerita Narnia: The Voyage  Of Dawn Treader. Filem ini berteknologi 3D so harga tiket dia mahal sikit dari biasa. Aku tak kisah janji best. Best ke? Well, bolehlah tahan. Aku bagi 3 1/2 bintang dari 5. Paling aku terasa 3D dia sewaktu air laut tu mencurah-curah keluar dari potret gambar. Aku bagai terasa tempias air tu kena dekat muka aku. Sampai aku boleh rasa bertapa masinnya air laut tu. Gila hebat 3D dia. Okeyh yang bab rasa tu aku tipu je.

Aku mengabiskan pengembaraan aku tepat pukul 6 petang. Aku pulang semula menaiki monorail. Really hate to take that HELL TRANSPORT. Then kembali ke KL Central menaiki train pulang ke kolej semula. Sebab tempat tu tinggi sangat kepala lutut aku goyang. Aku letih gila balik rumah lepas mandi terus tidur. Lepas ini aku target ingin mengembara ke The Mines Wonderland pula. Yeeeaah.

P/s: Sebenarnya takut naik monorail. Tapi Ili Qistina dah ajar aku suruh naik train sampai Bandar Tasek Selatan then naik STAR je pergi ke Berjaya Times Square. Thanks Ili sebab ajar cara best untuk ke sana.

***************************************************

Sebelum menamatkan cerita ini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tiramissu aku sebab bagi hadiah yang best sangat sempena harijadi aku. Hangout dengan dia menimbulkan 1001 perasaan keriangang dalam diri ini. Terima kasih kerana memberi warna warni kebahagiaan dalam hidup abang. Love U so much!!

Comments
  1. SALAM..
    WAH..SERONOKNYE KUAR DATING…HHUHU

  2. warna warni hidup ku.. says:

    thanks sayang..u too..sb bagi button yang best sgt..so sweet..heheheh..lepas ni..pengembaraan ke mines wonderland..sayg tgu k..hehehe

  3. Nax says:

    HAHAHA….
    Kali ke2 pegi sana.
    kena naik jugak menatang tu. Mesti da ckup umo..AHHAHHA…rugi babe. :)
    Yes..TS (TimesSquare) memang syurga utk wanita beli & belah! >.<

    • efyery84 says:

      Nax: Hahaha, barang dia sangat murah sampai saya pun mengeluarkan hormon estrogen ingin menyoping. Tapi memandangkan mood pokai jadi saya pendam je laa nawaitu tersebut. :p

  4. shakila says:

    assalamualaikum…
    nk tnye sory selit skit..nk minta tolong leh?..camna nak ke pavilion?kalau leh nk pergi dgn naik tren.camne ye?tlg erk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s