Lagu-lagu Hangat Ketika Sedang Bercinta

Posted: May 15, 2010 in Umum

Definasi lagu adalah penyampaian atau membawa kata maksud presentasi sesuatu hal yang boleh memberi impression atau gambaran situasi, perasaan, keadaan atau benda baik yang wujud atau tidak dengan menggunakan nada-nada yang membentuk harmonisasi sebagai sarananya. Fuh, sekali lagi aku telah berjaya menampilkan elemen kesasterawanan di dalam diri aku. Baiklah, berbalik kepada topik asal sebenar. Kali ini aku akan memberi senarai Top Ten lagu-lagu terhangat yang sering aku mainkan ketika sedang hangat bercinta. Mungkin boleh memberi sedikit informasi kepada para pasangan bercinta di luar sana  yang sedang hangat bercinta bagi mencari lagu yang sesuai untuk didownloadkan dan seterusnya dipasang di dalam kereta anda semasa sedang membawa kekasih anda pergi bersiar-siar. Sekali lagi aku nyatakan di sini aku adalah seorang jejaka Melayu Malaysia yang asli dan lagu-lagu yang aku tampilkan ini tiada yang diimport khas dari Korea, Jepun, Hollywood, Bollywood mahupun negara jiran aku sendiri iaitu Indonesia. Sila sokong industri hiburan tanahair walaupun industri hiburan kita banyak mengeluarkan publisiti murahan daripada mengeluarkan album-album yang berkualiti tinggi. Sila klik Read more untuk mengetahui lagu-lagu hangat ketika sedang bercinta.

10) Jay Jay – Permaisuriku


Abang Jay Jay adalah salah seorang penyanyi yang unik dalam mengenakan pelbagai aksesori topi di kepalanya termasuklah topi keledar Apollo. Okeyh mari kita lihat serba sedikit lirik Permaisuri dendangan beliau yang hangat itu.

Ooh, Ku hancur dikala  tak bersama,

Kau yang ku cinta, Mimpi rinduku disaat mesra ohh kasih,

Ooh, Terbina rona kota bahgia,

Permata di jiwa, Woo ho uwoo hoo,

Kerna mu..

9) The Antz feat Elyana – Cinta Remaja

Sayang sekali kumpulan semut kecil yang berbakat ini sudah pupus spesisnya. Walau bagaimanapun lagunya tetap menarik untuk dijadikan santapan ketika sedang hangat dilamun cinta.

Tak dapat diucap dengan kata-kata perasaan ini,

Tika kau lafazkan kata-kata cinta, Dengan lirikan senyum manja mu,

Bergetar jiwa.

8.) Exist – Kau Lebih Dari Kejora


Kumpulan yang dahulunya sering digilai oleh pekerja-pekerja Indon di Malaysia tidak kiralah berkerja di kilang mahu pun di tapak pembinaan membancuh simen untuk dibuat bangunan. Sering terkenal kerana lagunya yang mudah difahami, ringkas dan senang kata memang bestlah untuk hawa nafsu telinga kita. Sekarang penyanyi asal Izat sudah bertukar kepada Zoey. Anyway their still the best.

Kau belai jiwa yang pernah terluka dan palingkan resah yang ada,

Sambutlah cinta, Aku menjanjikan satu kesetiaan,

Bagi ku bila sebutir permata kan jadi bintang jika ku lontarkan,

Melebihi kejora..

7) Spring – Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta


Spring

Tidak lengkap jiwang korang kalau tidak mengenali kumpulan Spring dan penyanyinya Ameng. Spring sentiasa mendapat sambutan yang hangat dikalangan peminatnya sehingga kini yang rata-ratanya mat bunga kategori jiwang karat. Jadi kalau anda ingin menghangatkan lagi jiwang anda di dalam dunia percintaan silalah dengari lagu ini.

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu,

Dan tiba-tiba kita sudah jatuh cinta,

Ini semua sudah suratan ilahi dan kita harus hadapi kenyataan..

6) May – Sketsa Sebuah Cinta

MAY

Akhirnya…. Ada juga lagu dari kategori Rock Kapak yang berjaya menujah masuk ke carta ini. Kumpulan May berserta vokalisnya Mus yang berwajah seakan-akan tiang gol digigit anai-anai. Walaupun begitu suaranya tetap melatoop mak aiih..

Oh kekasih hatiku selamanya,

Keindahan maya itu milik kita,

Terciptalah sebuah cinta, Jiwa sama bergelora..

5) Sting – Berbungalah Bunga Cinta

Ini satu lagi band yang sentiasa menyanyikan lagu jiwang tahap gaban. Lagu Berbungalah Bunga Cinta kalau tak silap pernah popular pada sekitar tahun 1997 macam tu lah. Perghh, memang menghangatkan lagi suasana jiwang anda dikala cinta sedang memekarkan bunga bunga cintanya. Jom layanz zaaas!!

Aku sayang aku rindu ku cinta padamu,

Janganlah kau menghampakan harapan ku ini,

Berbungalah bunga cinta bunga kasih ku,

Menguntumlah mewangilah kau di hati ku..

4) Faizal Tahir – Aku Punya Kamu


Faizal Tahir

Seorang penyanyi yang hangat selepas tragedi aksi membuka bajunya menampakkan puting berserta tulisan ‘S’ di dada beliau semasa sedang hangat menyanyi di konsert anjuran NTV7. Bergelar Superman Malaya ayuh kita nikmati lagu nyanyian beliau yang hangat itu.

Dan kamu hanyalah satu,

Ku mahu ada kamu saja,  Bisa ku menunggu,

Selamanya aku milikmu,

Tak kan pernah lelah ku menunggu hingga aku punya kamu..

3) Man Bai – Kau Ilhamku


Man Bai

Dulu menyanyi bersama kumpulan Gersang ada rambut. Sekarang menyanyi solo sudah tinggal kulit kepala saja. Walau bagaimana pun Man Bai tetap seksi dan hangat. Lagu Kau Ilhamku sehingga sekarang menjadi siulan muda mudi yang sedang hangat bercinta. Brader Man Bai, your the man!!

Sedetik wajah mu muncul dalam diam,

Ada kerdipan ada sinar,

Itukah bintang atau pun rambulan,

Terima kasih ku ucapkan..

2) Grey Sky Morning – Cinta Gila


Grey Sky Morning

Dulu band ini hanya aktif di bawah tanah sahaja (underground) tapi sekarang mereka sudah insaf dan berjaya kembali ke atas permukaan bumi secara sempoi dan hangat serta sudah berjaya mengeluarkan album secara halal. Lagu ni memang fresh dan rentak drumnya sentiasa mengetuk-ngetuk gegendang telinga aku.Semoga lagu ini menghangatkan lagi suasana bercinta anda.

Saat indah bermula ku rasa bahagia,

Cinta yang lama terhenti berputik kembali,

Ada yang menghampiri ku tidak peduli,

Cinta ini cinta gila untuk kita berdua..

1) Blackrose – Cinta Abadi


Blackrose

Siapa kata mat-mat rockers tak tahu berjiwang. Juara carta lagu pilihan aku adalah dari kumpulan Rock Kapak lagenda Malaysia iaitu Blackrose dengan lagunya Cinta Abadi. Lagu terhangat ini memang sesuailah untuk menghangatkan suasana percintaan anda. Kalau pasangan anda bertanya sejauh mana cinta anda kepadanya pasang sahaja lagu ini. Ini kerana lagu ini amat lengkap segala jawapan dalam menghangatkan semarak percintaan anda.

Kehadiran cintamu menyinari hidupku,

Kehangatan cintamu mengubati sepiku,

Kelembutan hatimu mengubati luka ku,

Kedamaian hatimu menyinari hidupku..

Semoga anda mendapat inspirasi serba sedikit dalam menghangatkan perasaan cinta anda. Selamat berjiwang untuk anda semua. Okeyh, sudah puas aku meluahkan ayat-ayat jiwang pada entri kali ini, kini tibalah giliran soalan cepumas dari aku. Berapa banyak perkataan hangat yang aku selitkan pada entri kali ini. Perserta dengan jawapan yang paling tepat akan memenangi  cakera padat ‘burn’ lagu di atas edisi terhad dari Pakcik Ery. Selamat mencuba dan sekali lagi selamat bercinta :)

About these ads
Comments
  1. mrs widow says:

    suke abg peyjal tahir !!!!HAHAHA
    nk sainnnnn,,, ^.^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s